Objektif Latihan Fire Drill
- Untuk menghapuskan dan mengurangkan risiko berlakunya kecederaan
dan kematian disebabkan kegagalan melepaskan diri.
- Untuk memastikan pelepasan diri secara sistematik, cepat dan
teratur.
- Untuk menentukan adanya jalan keluar yang selamat dan mencukupi
seperti terkandung di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
- Memastikan sistem aktif berfungsi dan berada di dalam keadaan baik
Tindakan sebelum latihan fire drill
- Mendapatkan dan memahami pelan lantai/mimic plan tempat lokasi yang menunjukkan pintu/jalan keluar keselamatan dan
biasa, tempat berkumpul yang selamat semasa berlaku kebakaran
serta sistem kebombaan yang terdapat di premis.
- Mengadakan perbincangan antara ERT dengan BOMBA bagi membincangkan aspek keselamatan di lokasi premis.
- Memastikan sistem aktif diselanggara dan berada di dalam
keadaan baik.
- Memastikan sistem pasif seperti adanya jalan keluar yang mencukupi dan selamat
- Memberi taklimat dan panduan terhadap aspek keselamatan
kebakaran kepada penghuni.
Tindakan semasa latihan fire drill
- Merekod maklumat bilangan kehadiran peserta/pengunjung
serta kakitangan yang hadir pada masa tersebut.
- Memastikan lokasi penganjuran di dalam keadaan yang
selamat dan sepertimana yang dibincangkan.
- Memastikan laluan untuk pelepasan diri tiada halangan.
Apabila berlaku sesuatu bencana kebakaran
tindakan seperti berikut harus diambil:
- Kenalpasti jenis kecemasan, buat penilaian risiko ,bertindak segera
dan aktifkan sistem penggera kebakaran
- Maklumkan kepada bilik kawalan untuk membuat pengumuman
pengungsian menggunakan sistem siaraya dan makluman
kepada pihak bomba.
- Pastikan semua kakitangan keluar dengan
keadaan segera dan selamat ke kawasan perhimpunan yang telah
ditetapkan. Dilarang menggunakan lif untuk tujuan pelepasan diri.
- Kenalpasti dan rekod jumlah keseluruhan kehadiran sama seperti
yang telah direkod sebelumnya.
- Jika keadaan difikirkan selamat, cuba padamkan kebakaran
tersebut menggunakan kemudahan sistem kebombaan yang
ada. Tindakan mestilah tidak dilakukan secara berseorangan. Jika
gagal dikawal, keluar dan tunggu sehingga pasukan bomba tiba.
- Jika terperangkap di dalam asap, cuba merangkak di paras paling
rendah dan muka menghala ke bawah dan cuba keluar.
- Tunggu sehingga pasukan bomba tiba dan pastikan panduan dan
segala maklumat diberikan kepada pihak bomba.
Tindakan selepas fire drill dilangsungkan
- Memastikan semua kakitangan pulang
dalam keadaan selamat
- Memastikan keadaan premis berada dalam keadaan
seperti asal dan selamat.
- Memastikan semua kakitangan keluar
sepenuhnya dari kawasan dan premis seperti yang
direkodkan sebelumnya.
sumper rujukan : www.bomba.gov.my