HUBUNGI KAMI

Thursday, 13 November 2014

KINNARI FOO CHAI

Teks : Kinnari Foo Chai

Setiap kali menghadiri kursus mesti perlu melalui satu sesi wajib iaitu sesi memperkenalkan diri atau lebih dikenali sebagai Ice breaking bagi merapatkan lagi jurang antara semua peserta. Ini jugalah tugasan pertama yang saya terima dari guru ABDR iaitu Pn Masayu Ahmad. Namun saya telah mengambil masa yang agak lama untuk memulakan penulisan ini. Mungkin Ilham belum tiba atau kegigihan yang agak tipis dalam diri saya yang membuat saya selalu melenggahkan tugasan ini.

Selain itu, penulisan dan pembacaan bukan bidang yang begitu digemari oleh saya. Sepanjang hayat saya boleh kira hanya beberapa buah Novel sahaja yang berjaya saya habiskan. Antara novel tersebut adalah hasil karya makcik saya iaitu Malee Chuswan yang bertajuk Lamaran kedua dan Gelora. Mungkin keadaan inilah yang menyebabkan saya agak lemah dalam penulisan atau karangan.

Bila memperkenalkan diri saya akan selalunya memaklumkan bahawa saya Kinnari A/P Foo Chai bukan melayu, bukan cina dan bukan india tetapi Siam Malaysia. Ini bagi menjawab soalan-soalan yang terpancar diwajah semua yang mendengar nama sahaja. Bila nama ada A/P biasa orang ramai akan anggap india. Manakala Foo Chai lebih kepada nama Cina. Sebaliknya rupa saya kebanyakan orang akan anggap Melayu. Kenapa pula perlu saya tegaskan bahawa SIAM MALAYSIA. Ini kerana, rakyat Malaysia selalu menganggap siam adalah thailand sedangkan di Malaysia siam ialah Bumiputera. Bila saya diacu dengan soalan " Siam? Thailand ek? Kepala saya berlegar orang Malaysia ni tidak membaca atau tidak mengenali sejarah Malaysia atau sebenarnya sengaja buat-buat tidak tahu? Muskil betul saya bila ada orang yang tidak tahu menbezakan bangsa siam Malaysia dengan Thai di thailand. Bezanya adalah kewarganegaan. Nampak macam sama tetapi tidak serupa.


Walaupun saya bangsa siam tapi bahasa cina dan melayu juga menjadi bahasa pengantar saya seharian. Walaupun keluarga saya berasal dari kampung namun ibu bapa saya sedar kepentingan bahasa maka sejak tadika kami tiga beradik telah dihantar ke Sekolah Rendah Jenis (Cina) Chung Hwa Jerteh. Walaupun saya tidaklah sangat mahir dan cemerlang dalam bahasa cina namun ia sedikit sebanyak membantu dalam kominikasi harian terutamanya semasa membeli di kedai cina atau semasa saya berkerja di sebuah syarikat pembinaan yang majoriti pekerja adalah cina. Dulu dalam kelas saya hanya mempunyai 3 pelajar melayu, seorang siam iaitu saya dan yang lain semua cina. Namun sekarang hampir 1/3 dari kelas anak buah saya yang bernama Mimie Natalie Chuswan adalah Melayu. Ini menujukkan masyarakat melayu Malaysia meningkat kesedaran tentang kepentingan bahasa cina pada zaman ekonomi tanpa sempadan lebih-lebih lagi apabila penubuhan ASEAN Economic Community (AEC) pada tahun 2015.

Saya kemudian telah menyambung tingkatan Peralihan (wajid bgi pelajar aliran cina apa zaman saya) di Sekolah Menengah Tengku Mahmud dan seterusnya berpindah ke Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1999 dalam bidang kejuruteraan Awam. Namun saya telah beralih arah ke bidang Senibina apabila menyambung pengajian di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Manakala kelulusan tertinggi saya ialah dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan. Ketiga-tiga adalah bidang pembinaan yang mana menjadi skop kerja utama Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu tempat saya bertugas sehingga kini.

Satu ketika semasa saya bercuti di kampung saya telah diberi tugasan oleh abang saya agar membuat promosi untuk kedai beliau secara online. Secara kebetulan pula saya mengenali Pn Khairunnisa Hamzah semasa beliau berkerja di JKR sebelum beliau ambil keputusan untuk berhenti kerja. Beliau telah memperkenalkan saya dengan pakej yang ditawarkan oleh ABDR dan saya mengambil keputusan untuk menyertai pakej yang beliau sarankan kepada saya tanpa memikir tahap kemampuan sendiri yang tidak mempunyai kekuatan dalam penulisan dan bisnes (pemasaran).

Namun saya mempunyai harapan yang tinggi untuk berjaya dalam kelas ini agar impian abang saya untuk membuat pemasaran secara online tercapai agar tidak sia-sia duit tanjaan beliau untuk saya mengambil kelas ini. Maka bermulalah jari-jemari saya ini melonjak-lonjak atas keypad bagi menyempurnakan tugasan petama yang dari bulan jun diamanahkan oleh Pn. Masayu. Harap belum berlambat untuk saya berjuang ye Pn. Masayu Ahmad.






No comments:

Post a Comment