Teks : Kinnari Foo Chai
Hari ini saya diajukan satu soalan yang tidak terjangka jawapannya oleh anak buah yang bernama Mimie Natalie Chuswan.
Mimie : Ar.Phen kenapa Phi Khai nak jadi Polis?
Kinnari : Kenapa pula, Mimie tidak suka Phi Khai jadi Polis ke?
Mimie : Ak, a, adik tidak suka.
Kinnari : Kenapa? Pastu nak Phi Khai jadi apa?
Mimie : Adik suka Ultraman. Adik nak Phi khai jadi Ultraman. Semalam baru adik mimpi adik jadi Ultraman Biru.
Tergelak besar saya. Kreatif betul imaginasi kanak-kanak zaman sekarang.
nota:
Dalam bahasa siam Ar ialah adik ayah manakala Phi ialah panggilan bagi orang yang lagi dewasa (kakak atau abang).
No comments:
Post a Comment