HUBUNGI KAMI

Friday, 14 November 2014

PENGURUSAN KEWANGAN

TEKS : KINNARI FOO CHAI

Sepanjang tahun Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan pelbagai kursus bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pegawai JKR. Di antaranya merangkumi bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrikal dan Senibina serta Pengurusan. Semua pegawai diwajibkan menghadiri tidak kurang dari 7 hari latihan sepanjang tahun.

Beberapa hari yang lepas, saya telah dijemput untuk menghadiri kursus Pengurusan Kewangan Peribadi dan Keluarga sesi 2/2014. Satu kursus yang menarik dan memukau saya agar tidak bergerak dari tempat sepanjang 3 hari. Memukau bagi saya bukan bermaksud penceramah segak bergaya sampai menawan tertawan hati saya. Tetapi fenomena ini adalah disebabkan oleh perkongsian pengalaman yang sangat membuka mata dan pandangan saya. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur yang memilih penceramah yang berkualiti seperti Tuan Syed Abdul Aziz Al-Qubra.

Antara topik utama dalam kursus ini adalah seperti :
1. Pengurusan Pinjaman Kewangan
2. Jenis-jenis Pelaburan
    a. Pelaburan Tetap
    b. Pelaburan Ekuiti
    c. Pelaburan Emas / Silver
3. Tip Insuran
4. Pengurusan Harta dan Aset

Sejak saya kecil sehinggalah kini, ibu merupakan Pengurus Kewangan bagi kami sekeluarga. Ibu bukan berkelulusan Pengurusan Kewangan ataupun akauntan tetapi ibu mahir dalam mengurus kewangan dengan kata lain JIMAT-CERMAT dan membantah segala pembelian atau pelaburan yang dianggap merugikan. Oleh itu, saya jarak meluangkan masa untuk mencari ilmu dalam bidang Pengurusan Kewangan sehinggalah saya menghadiri kursus ini dan saya berasa Bidang Pengurusan Kewangan sangat menarik dan banyak ruang untuk diterokai dengan pengetahuan yang betul.



No comments:

Post a Comment