Saya Kinnari A/P Foo Chai anak bongsu daripada tiga beradik yang berasal dari keluarga berbangsa Siam yang berasal dari Kelantan. Bahasa ibunda kami sekeluarga adalah bahasa siam. Namun begitu saya juga mahir dalam berbahasa Cina dan Melayu. begitu juga loghat Kelantan dengan sedikit pelat siam.
Saya telah menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains Pembinaan dari Universiti Teknologi Malaysia sebuah universiti yang menjadi idaman saya sejak meningkat dewasa terutama untuk menyambung pengajian dalam bidang teknikal.
Pada tahun 2006 saya telah ditawarkan untuk menyandang jawatan Penolong Pegawai Senibina gred J29 di Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya. 3 Tahun kemudian dipindahkan secara pentadbiran ke Cawangan Arkitek Ibu Pejabat JKR. Tahun 2011 saya berjaya menempatkan diri di Bahagian Arkitek, JKR Putrajaya. Dari tahun 2015 sehingga kini saya ditugaskan di Unit JKR KESEDAR, Kelantan. Setiap pejabat memberi peluang untuk saya meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam pelbagai skop bidang Senibina.
Saya berpeluang berkecimpung dalam bisness online iaitu melalui blog sejak tahun 2008 dengan menjual pelbagai produk yang didapati dari GM Plaza dan kedai sekitar Kuala Lumpur. Namun bisness ini tidak berpanjangan kerana kengkangan masa. Bisness ini hanya berjaya kembalikan modal yang dilaburkan dengan sedikit untung dan produk berlebihan yang dapat digunakan sendiri.
Pada tahun 2017 pertama kali saya menyertai Norafurla. Sebagai agen maskara Norafurla saya telah diperkenalkan dengan cara-cara memulakan perniagaan melalui Facebook dan Instagram. Selain itu juga perlu mencabar diri sendiri membuat percubaan membuat offline. Namun untuk berjaya dalam pemasaran melaui FB kemahiran dalam bidang penulisan adalah sangat penting dan ini merupakan punca kegagalan saya.
Sesuatu hari, rakan sekerja telah memperkenalkan saya dengan kain jenis Knit Cotton atau lebih dikenali sebagai kain T-shirt dikalangan kita. Saya terus menyemak seandainya terdapat peluang perniagaan dalam bidang ini dan mendapati Needle Diva membuka peluang untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi dropship. Selain terima komisen dari jualan dropship juga dapat membeli dengan harga lebih rendah namun masih perlu mematuhi syarat dan komitmen dan ditetapkan oleh founder. Saya juga mendapatkan pembekal sendiri untuk menikmati harga yang lebih rendah dengan keuntungan jualan yang lebih tinggi tidak perlu terikat dengan mana-mana pihak. Namun perlu menyediakan modal yang lebih banyak berbanding menjadi dropship dan agen.
Selain mempunyai minat dalam bidang perniagaan saya juga mempunyai hobi yang mendalam dalam bidang perlancongan. Saya akan memastikan terdapat trip perlancongan bersama keluarga pada setiap tahun. Masa yang diluangkan bersama adalah masa yang sangat bernilai kepada saya. Antara negara yang telah saya kunjungi adalah Thailand, China, Australia, Mynmar, Indonesia. Jika ada kelapangan saya akan meluangkan masa menulis mengenai negara-negara yang telah saya jejakkan kaki. Menjahit dan membuat crochet juga menjadi hobi utama saya. Perasaan tenang dan lapang apabila berkesempatan melakukan hobi ini. Kadang-kadang rasa seperti keluar dari segala masalah dan lebih fokus apabila menjahit dan crochet.
Beberapa tahun terdahulu (2014) saya telah memulakan blog kinnarifoochai.blogspot.com melalui tunjuk ajar Pn. Masayu. Namun blog ini terbengkalai kerana saya hilang arah tuju dalam penulisan dan kini Pn. Masayu sekali lagi memberi peluang untuk saya menghidupkan kembali blog ini dengan syarat perlu lebih berdisplin dan jelas dengan matlamat untuk berjaya dalam penulisan. Penulisan secara konsisten dengan konten yang berguna serta memanfaatkan pembaca menjadi matlamat utama saya.
No comments:
Post a Comment