HUBUNGI KAMI

Sunday, 19 August 2018

MESYUARAT PROJEK

Bagi menjayakan sesuatu projek JKR perlu melalui pelbagai mesyuarat bagi mengelakkan percanggahan maklumat dan meminimakan kesalahan semasa pembinaan. Tempoh projek dibahagi kepada 5 peringkat iaitu peringkat Perancangan, Rekebentuk, Perolehan, Pembinaan dan Penyerahan. Antara mesyuarat yang perlu dilalui  pada setiap peringkat adalah seperti berikut.

1.  Peringkat Perancangan
     Terdapat 2 mesyuarat dalam peringkat perancangan. Salah satunya ialah Mesyuarat Permulaan Projek dimana perbentangan rekabentuk projek oleh Bahagian Senibina berdasarkan brif yang diterima daripada pihak pelanggan. Komen dari mesyuarat ini akan digunakan sebagai input untuk kajian semula rekabentuk bagi penambahbaikan rekabentuk kemudian akan dibincangkan sekali lagi dalam Mesyuarat Kajian semula rekabentuk dan keperluan pelanggan berserta anggaran kos awalan yang disediakan oleh Bahagian Ukur Bahan.

2.  Peringkat Rekebentuk
     Dalam peringkat ini HODT arkitek akan dilantik sebagai ketua pasukan rekabentuk bagi mengendalikan mesyurat yang berkaitan dengan rekabentuk sepperti Mesyuarat Pra-Rekabentuk, Mesyuarat Penyelarasan Rekabentuk Awalan, Mesyuarat Pelarasan Rekebentuk Terperinci dan Mesyuarat Verifikasi Rekabentuk.

3.  Peringkat Pembinaan
     Manakala dalam peringkat pembinaan pula, Mesyuarat Pra-Pembinaan akan diadakan sebelum memasuki tapak. Mesyuarat Penyelarasan Teknikal pula akan membincangkan isu-isu teknikal yang melibatkan semua HODT, WPP, Kontraktor dan subkontraktor. Menjadi rutin sepanjang tempoh pembinaan adalah Mesyuarat Tapak yang akan diadakan sebanyak sebulan atau 2 bulan sekali bagi melaporkan kemajuan tapak dan masalah di tapak.

4. Peringkat Penyerahan
    Mesyuarat Membaiki Kecacatan Bangunan bagi memastikan segala kecacatan dan didapati semasa Pra Penyerahan dibaiki oleh pihak kontraktor. Kontraktor juga bertanggungjawab keatas aduan kerosakan dalam tempoh tanggungan kecacatan sepertimana dinyatakan dalam kontrak.

No comments:

Post a Comment