HUBUNGI KAMI

Tuesday, 28 August 2018

PENAPIS AIR CUCKCOO

Pada hujung bulan 7, Ibu telah tertarik dengan penapis air jenama Cuckcoo memandangkan penapis air Elken yang telah kami guna selama beberapa tahun yang lepas telah rosak dan kos pembaikian agak mahal dan tidak berpatutan.

Saya mewakili ibu menghubungi agen cuckcoo untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kelebihan penapis cuckcoo dan promosi yang ditawarkan pada masa itu. Agen tersebut memberi pejelasan yang sangat bagus dan mesra pelanggan. Semua yang baik-baik sahaja dimaklumkan. Sehingga mustahil tiada kelemahan. 

Kinnari   : seandainya pelanggan tidak berpuas hati boleh ke ia dikembalikan. 
Agen      : semua pelanggan sangat berpuashati dan tidak pernah menerima sebarang 
                aduan. 
Kinnari   : sekiranya saya meninggal apa akan terjadi dengan penapis air yang ada kontrak  
                bayaran ansuran ini. 
Agen      : Minta di jauhkan la.
Kinnari   : Yela saya kata seandainya.
Agen      : Waris pelanggan masih perlu membuat bayaran.
Kinnari   : Maksudnya saya tidak boleh kembalikan penapis air ini sepertimana  
                dimaklumkan kepada ibu saya semasa di counter booth.
Agen      : Kalau puan dah tak nak menggunakan penapis air ini puan perlu mencari penganti untuk menyambung bayaran ansuran itu.

Kesimpulannya pelanggan perlu semak kesahihan maklumat yang disampaikan oleh agen kerana kebanyakan berkerja atas dasar target untuk ganjaran sepertimana yang ditawarkan oleh syarikat.

Keesokan hari agen telah menghubungi saya untuk mengingatkan bahawa promosi hampir tamat. Setelah berbincang dengan ibu masih berminat untuk mamasang penapis air. Saya telah menghantar maklumat yang diperlukan. Penapis air jenama cuckcoo jenis Iris telah menjadi pilihan kami. Pihak Cuckcoo telah menghantar pesanan ringkas untuk kami mengesahkan tempahan. Kerana kesibukan kerja luar kawasan saya telah mengambil masa beberapa hari untuk memberi jawapan. Saya telah memaklumkan bahawa saya memerlukan masa untuk meneliti syarat-syarat kontrak ( T&C). Agen beberapa kali cuba mendesak saya untuk bersetuju sehingga saya berasa kurang selesa dengan desakan tersebut. Ada termaktub bahawa pelanggan tidak boleh memulangkan semula penapis air cuckcoo dalam tempoh minimum iaitu 78 bulan. Sekiranya pelanggan masih berhasrat membantalkan kontrak, pelanggan perlu membayar cas seperti kiraan yang dinyatakan dalam kontrak. Jaga-jaga perkara ini sangat penting sebelum buat keputusan.

Kinnari    : Rumah saya kualiti air tidak berapa bagus selalu kotor warna kuning lumpur.
Agen       : Hari-hari ke kotor
Kinnari    : Selalu la juga. Saya bimbang penapis tersumbat dan bermasalah 
Agen       : Jangan bimbang puan kan kontrak ini termasuk penyelenggaraan. Lagipun pelanggan saya kat kelantan tidak pernah ada masalah
Kinnari    : (ayat ini lagi. Pikir saya) Saya tak nak la nanti rosak ke, air rasa xleh nak telan ke tapi saya tak dapat nak pulangkan semula.
Agen       : tak apa puan kami hantar juruteknik untuk semak dulu sebelum pasang.

Selepas perbualan itu saya masih tidak menjawab pesanan ringkas dari Cuckcoo. Mungkin Agen hilang sabar dan terus hubungi ibu saya dan memaklumkan kecerewetkan saya. Cuba teka apa jawapan seorang ibu. "Kalau dia cerewet awak tak payah la nak jual kat dia, jual je kat orang lain." Agen sedikit kedu dengan jawapan.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk balas pesanan ringkas cuckcoo dengan SETUJU memandangkan kami mempunyai keperluan untuk mengunakan penapis air. 

Bererapa hari kemudian Juruteknik dari cuckcoo datang bersama penapis air. Ujian menunjukkan tekanan air di rumah kami sangat rendah. Juruteknik dengan jujur menerangkan kesan-kesan seandaikan pemasangan diteruskan. Bagi pengelakkan kerugian pelanggan Juruteknik terus menghubungi Agen bagi memaklumkan isu dan masalah yang dikesan. Saya berasa sangat berterima kasih dengan keikhlasa dan kejujuran yang ditunjukan oleg Juruteknik yang berkerja dengan Cuckcoo berbanding sikap Agen menunjukkan sifat terdesak untuk cukupkan target. 

Etika kerja dan penampilan pekerja adalah melambangkan kebolehpercayaan sebuah syarikat.

No comments:

Post a Comment