Menjadi Agen Norafurla memberi saya peluang yang banyak untuk terdedah dengan berniagaan secara online. Namun ia tidak mudah yang disangka. Displin, kesabaran dan masa menjadi kunci kejayaan dalam bidang ini.
Berita pencarian agen Norafurla telah tersebar melalui laman sosial Facebook tepat pada masa saya ingin menceburi bidang perniagaan secara online. Setelah meneliti syarat-syarat yang dinyatakan oleh Pn. Nora Adila Founder Norafurla saya berasa sangat teruja untuk mencuba. Setelah memenuhi syarat yang ditetapkan saya diterima sebagai Agen Norafurla. Dengan bayaran RM 480 saya memperolehi 1 kotak Mascara sebagai permulaan perniagaan.
Pada masa yang dijadualkan kami akan menerima coaching dari Founder melalui FB LIVE.
Agen akan diajar cara-cara membuat marketing secara berkesan seperti :
1. copywriting mesti menjurus ke arah perkongsian ilmu.
2. dilarang sama sekali membuat hard sale.
3. manfaatkan FB live kerana rakan fb akan menerima notification secara automatik
4. post customer review untuk meningkatkan trust
5. promotion pada hari-hari tertentu.
6. add rakan FB yang berkaitan dengan bisness (targeted prospek)
7. pastikan rakan FB mencecah kuantiti maksimum (5000 orang)
Untuk meningkatkan sale agen adalah digalakkan mengikut langkah-langkah yang disarankan oleh founder. Namun Halang utama kegagalan agen adalah lemah dalam penulisan. motivasi menurun apabila tiada repond dari rakan FB. Selain itu perlu pengurusan masa secara sistematik sepeti:
1. jadual update FB post bagi meningkatkan reach dari rakan FB
2. menjawab soalan pelanggan dengan kadar segera.
3. masa untuk pos barang
4. tempoh masa beropersi.
Pada pandangan saya kesukaran utama dalam perniagaan secara online ialah untuk membina kepercayaan pelanggan.
No comments:
Post a Comment