HUBUNGI KAMI

Sunday, 19 August 2018

PENOLONG PEGAWAI SENIBINA

Perlantikan saya sebagai Pembantu Teknik Gred J29 di Jabatan Kerja Raya bermula pada 10 Julai 2006. Di cawangan Kerja Kesihatan saya ditempatkan di Unit Senibina. Dalam unit ini saya dibagai Pembantu Teknik bertanggungjawab menyemak kerja-kerja yang disedikan oleh Juruteknik dan Pelukis Pelan. 

Kebanyakan projek saya pada masa itu adalah secara Reka dan Bina. Saya ditugaskan untuk membantu Arkitek membuat penilaian rekabentuk dan keperluan sepertimana ditetepkan dalam Need statement yang disediakan oleh JKR sesama-sama pelanggan. Permarkahan keatas rekabentuk kontraktor menentukan kelayakan kontraktor dalam projek tersebut. Antara kriteria penilaian adalah orientasi bangunan, menepati semua keperluan ruang yang ditetapkan, rekabentuk yang lengkap dan banyak lagi. Di sini kami hanya fokus pada projek-projek dari Kementerian Kesihatan. Di sini juga saya perolehi banyak pengetahuan tentang susunatur ruang di hospital dan klinik. Bahan Binaan serta kelengkapan dalaman juga agak berbeza dengan bangunan umun yang lain.

Kemudian saya telah dipindahkan secara pentadbiran ke Cawangan Arkitek Ibu Pejabat JKR Malaysia pada tahun 2009 dan ditempatkan di Unit Fasiliti Kesihatan 1 di bawah Kepimpinan Puan Zan Fatimah Binti Maon. Di unit ini saya bersama-sama Arkitek bertanggungjawab menyemak rekabentuk dan lukisan yang disediakan oleh pihak perunding. Projek di pejabat ini kebanyakannya adalah secaran Konvensional Perunding. Unit ini pada masa itu fokus kepada blok perubatan di Institut Pengajian Tinggi dibawah Kemanterian Pengajian Tinggi. Walaupun bidang kesihatan jua, namun susun atur ruang bagi blok perubatan adalah agak berbeza berbanding hospital dan klinik. Ia terdiri dari tempat pengajian dan juga tempat menjalankan latihan.

Setelah 6 tahun berkhidmat di Bandaraya Kuala Lumpur saya berjaya menempatkan diri di JKR Putrajaya. Suasana di Putrajaya sangat berbeza berbanding Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan sesak. Di Putrajaya suasana lebih tenang dan nyaman dengan konsep Bandar Dalam Taman. JKR Putrajaya bertempat di Komplek C berkongsi bangunan dengan JPA. Di pejabat ini skop kerja  kami lebih kepada pengubahsuaian rekabentuk dalam dan penambahbaikan bangunan. Selain menyediakan lukisan saya juga membuat pemantauan projek dalam peringkat pembinaan. Antara projek saya semasa di sini sperti ubahsuai pejabat KPDNKK, ubahsuai Cafetarian di Kementerian Kewangan, Membina Mini perpustakaan di Masjid Putra dan banyak lagi.

Bermula tahun 2015 sehingga kini saya berada di Unit JKR KESEDAR, Kelantan. Pelanggan utama pejabat ini adalah Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah dan projek-projek yang dibangunkan di zon KESEDAR termasuk hospital dan sekolah.  Di sini dipecahkan kepada dua zon iaitu zon utara dan zon Selatan iaitu Gua Musang. Saya ditugaskan untuk projek-projek di zon selatan. Antara projek dibawah seliaan saya pada masa ini adalah Dewan Sebaguna (Tertutup) DI Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang dan Klinik Kesihatan Jenis 6 Pos Brooke. 2 projek yang melibatkan bangunan bersaiz besar di pejabat ini.

Kini panggilan perjawatan Pembantu Teknik Gred J29 telah ditukar kepada Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 namun skop kerja asal masih dikekalkan. Antara tanggungjawab utama saya adalah seperti berikut:

1.  Menghadiri mesyuarat 
2.  Menyediakan Lukisan 
3.  menyemak lukisan 
4.  membuat pemeriksaan tapak
5.  menyemak kelulusan bahan
6.  menyediakan rekabentuk 
7.  melaksanakan lain-lain tugasan selain dari kerja hakiki seperti
     - Ketua Jawatankuasa ERT
     - Ketua Squad ERT
     - Pegawai Integriti
     - Wakil Pekerja, JKKP

Penolong Pegawai Senibina juga hendakkan sentiasa bersedia menerima arahan dari masa ke semasa.

         
 

No comments:

Post a Comment