HUBUNGI KAMI

Saturday, 1 September 2018

CARA MENGURUSKAN KEKECEWAAN



Ada kawan bertanya kepada saya “kenapa aku masih tidak dapat melupakan dia sedangkan dia melukakan aku”.

Untuk melupakan sesuatu peristiwa itu memang tidak mudah. Makin kuat perasaan ingin lupa maka makin kuat kita terikat kepada perkara yang lepas. Seperti anda mengenggam batu, makin kuat anda gemgam maka makin sakitlah tangan anda. Saya selalu menasihatan kawan saya agar memberi masa kepada diri sendiri. Tidak perlu memaksa diri untuk terus melupakan kerana ia adalah mustahil. Lebih baik Cuma untuk ingat punca kekecewaan itu agar kita tidak lagi berpatah balik atau mengulangi kesalahan yang sama.

Manusia adalah sejenis makluk yang suka terikat dengan perkara yang telah lepas sehingga terus menerus melukakan diri sendiri tanpa sedar. Ada yang mula menghidap kemurungan kerana tidak dapat Terima sesuatu kenyataan. Ada juga yang terlalu runsing dengan sesuatu yang belum berlaku sehingga mengabaikan keadaan semasa.

Apakah cara terbaik untuk mengendalikan kekecewaan. Sebenarnya tiada formula yang nyata cara yang terbaik. Yang ada cumalah cara yang sesuai dengan individu tersebut. Sesetengah orang bila kecewa akan cuba bergaul dengan orang berkumpula dan Cuma elak dari bersendirian. Namun untuk saya saya lebih suka bersendirian dan melakukan aktiviti tertentu yang boleh hilangkan diri dari terus dibelenggu. Menagis juga merupakan salah satu terapi. Jangan biarkan ia terbuku di dalam dada sehingga meletup. Menangislah bila perlu.

Sebelum bersendirian pastikan anda tidak mempunyai perasaan ingin bunuh diri atau hilang kawalan diri. Jika sedar bahawa dalam otak anda asyik terpanggil-panggil ntuk bunuh diri maka elakkan bersendirian. Maklumkan pada orang sekeliling fikiran anda.

No comments:

Post a Comment