HUBUNGI KAMI

Saturday, 1 September 2018

MENULIS


Tidak semua orang mempunyai kemahiran menulis. Maksud saya menulis dengan tulisan yang kemas dan teratur. Begitu juga saya. Bila perlu menulis tangan saya akan berasa sangat tidak berkeyakinan kerana ramai yang menegur tulisan saya. Ada yang kata seperti tulisan doktor. Tidak faham betul saya kenapa orang suka samakan tulisan cakar ayam dengan tulisan doktor. Tapi selalu pergi klinik memang tidak faham langsung tulisan doktor.

Ramai yang tidak bercaya saya pelajar senibina apabila melihat keseian tulisan saya. Mereka berpendapat bahawa pelajar senibina lazimnya mempunyai lakaran dan tulisan yang sangat kemas dan kreatif. Namun ciri-ciri itu ternyata tiada dalam diri saya.

Semenjak menyertai kelas asas penulisan blog, Puan masayu mewajibkan semua pelajar membuat catatan harian di dalam buku nota. Kemudia catatan itu akan diolah manjadi satu entri yang akan dimasukkan ke dalam blog. Ini adalah tulisan tangan terpanjang sejak beberapa tahun ini. Bermula dari wujudnya computer dan printer saya tidak lagi perlu memggunakan beggitu banyak tulisn tangan kecuali menulis boring dan membuat catatan minit mesyuarat.

Namun sejak kebelakangan ini saya dapat merasakan keseronokan menulis nota. Ia lebih mudah dan boleh dicatatkan bila-bila masa serta ditulis dengan segera.  Tidak lagi perlu menunggu untuk di taipkan didalam computer. Setiap maklumat akan dicatat dengan ringkas namun tiada maklumat yang ketinggalan. Tulisan dicorek seiringan dengan perasaan. Inilah kesenian dalam menulis dairi yang telah lama ditinggalkan.

Kini saya telah mula mencari idea menulis dengan tulisan yang cantik. Bila tulisan cantik keinginnan menulis secara automatic akan meningkat juga. Perasaan kagum terhadap tulisan orang lain mungkin akan ada pada tulisan saya.



No comments:

Post a Comment