Hari in perlu menghadiri upacara sembahyang & dana pada
ahli keluarga yang telah meninggal. Dari semalam lagi ibu menyiapkan
bahan-bahan yang perlu dan ibu bangun subuh untuk memasak.
Tepat jam 9 pagi saya Bersama ibu menuju ke Wat Phuthatthaksin,
Semerak, Kelantan di masa upacara akan diadakan disana. Perjalanan mengambil
masa lebih kurang 30minit. Semasa sampai dilokasi, saudara mara kami dari
kampung keluang, besut, Terengganu telah mula membuat persediaan majlis. Saya
dan ibu menurunkan semua makan yang dibawa dan terus menghidang diatas meja
yang hampir tiada ruang.
Jam 11 pagi upacara sembahyang berlangsung dalam 1 jam.
Kemudian peralatan dan barang-barang untuk kegunaan sami dan Wat telah
diserahkan kepada sami sebagai dana. Tepat Jam 12.30 tengahari semua sami
dijemput ke ruang makan untuk menjamu selera.
Upacara sebegini lazim dilakukan oleh masyarakat siam buddha
sebagai peringgatan kepada mereka yang telah meninggal dan sebagai tanda
penghargaan serta mengenang jasa ibu bapa walaupun telah meninggal. Selain itu
juga untuk mendoakan mereka bersemadi dengan tenang di alam yang lain.
No comments:
Post a Comment