HUBUNGI KAMI

Saturday, 1 September 2018

PEMERIKSAAN TAPAK

Persoalannya apakah periksaan tapak yang akan dijalankan oleh seorang penolong pegawai senibina?  Saya bertanggungjawab untuk memeriksa semua skop yang berada dibawah skop kerja senibina. Antaranya adalah bumbung, dinding, pintu, tingkat, lantai, kelengkapan kebersihan dan lain-lain.

Bagaimanakah cara untuk membuat pemeriksaan? Untuk membuat pemeriksaan tapak mestilah berpandu kepada beberapa perkara berikut.
  1.         Lukisan pembinaan
  2.         Spesifikasi
  3.             Kontrak
  4.         Kelulusan bahan
  5.         Mock-up


Sebelum sesuatu binaan dibina ditapak pihak kontraktor perlu mendapatkan kelulusan bahan . hanya bahan yang telah diluluskan sahaja dibenarkan berada di tapak. Setelah mendapat kelulusan bahan, pihak kontraktor perlulah menyediakan sample kerja atau mock-up untuk pemeriksaan dan kelulusan JKR. Mock-up ini sebagai tanda aras kualiti yang diperlukan oleh JKR. Kontraktor perlu memastikan bahan dan kauliti kerja sepanjang pembinaan adalah sama sepertimana kelulusan.

Pemantauan dan pemeriksaan tapa adalah sangat penting bagi memastikan kualiti kerja adalah dibawah kawalan. Jika mendapati kualiti rendah dari yang ditetapkan arahan p embaikian kerja perlu dikeluarkan kepada kontraktor. Seandainya kontraktor gagal mengikut arahan, NCP akan dikeluarkan dan bayaran untuk kerja tersebut akan disekat.



No comments:

Post a Comment