HUBUNGI KAMI

Saturday, 1 September 2018

SAMBUNG BELAJAR VS BERKERJA


12 tahun dahulu ada pernah berada dalam dilema antara hendak terus menghabiskan pengajian atau menamatkan pengajian untuk berkerja.

Semasa umur saya 24 tahun saya telah menyambung pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang sains pembinaan. Setelah 1 tahun atau 2 semester berada di UTM saya menerima surat tawaran untuk berkerja sebagai Pembantu Teknik gred J29 di JKR dengan kelulusan diploma.

Semasa di UTM saya sangat aktif dengan kelab kembara dan memegang jawatan sebagai  jawatankuasa pelajar di asrama. selain itu pengajian saya juga berlajan dengan dengan cgpa yang agak baik.  Apabila menerima tawaran itu, Terus terang saya berasa sangat tertekan. Pilihan mankah perlu saya ambil? Sebenar hati saya sayang untuk meninggalkan kampus UTM dan kawan-kawan yang lain. Saya suka suasana pembelajaran disini.

Ibu juga seperti saya. Ibu hendak saya menghabiskan pengajian dahulu. Namun kakak saya yang telah berkerja di JKR pada masa itu menasihatkan saya untuk berkerja. Namun hati saya masih mengatakan saya nak belajar. Kemudian ibu telah menghubungi bapa saudara saya Lung Siri yang berkerja untuk sebagai pegawai di jabatan kebudayaan untuk mendapatkan nasihat. Lung siri tegas meminta saya terima tawaran kerja kerana peluang untuk mendapat tawaran kerja di sector kerajaan kemungkin sangat tipis buat masa saya graduan nanti.

Tertekan yang tidak terkata pada masa itu. Namun akhirnya saya telah bertindak untuk menamatkan pengajian di UTM dan melapor diri di JKR pada 10 julai 2006.

Namun memang ternyata nasihat dari kakak dan Lung siri itu benar. Saya masih berpeluang menghabiskan pengajian saya, Cuma yang membezakan adalah secara separuh masa. Tahun 2008 saya telah Berjaya menamatkan pengajian saya dengan sarjana muda dengan kepujian sains pembinaan denga cgpa 3.09. satu skor yang agak baik bagi mereka yang  kerja sambal belajar.

Sehingga kini saya masih menyandang jawatan j29 kerana walaupun mempunyai ijazah namun persaingan untuk memasuki sector awam gred 41 pada masa ini adalah sangat sengget. Cuma bayangkan jika dulu saya menolak tawaran JKR, sekarang saya mungkin tidak berpeluang menjadi seorang penjawat awam untuk berjasa kepada rakyat.


No comments:

Post a Comment