HUBUNGI KAMI

Saturday, 1 September 2018

HOMESTAY


Trip di langkawi kami ini kami menggunakan perkhidmatan homestay. Semasa tiba di alamat homestay yang telah ditempah, kami agak terkejut kerana dari luaran kelihatan agak uzur. Beberapa kali saling bertanya “betul ke ni apartment yang kita booking tuh”. Setelah bertanya kepada pegawai keselamatan ternyata tidak salah.
Kami diarahkan mengambil kad dari peti surat tuan rumah untuk kami memasuki kawasasan apartment. Setelah mendapatkan parking, semua barang dibawa ke homestay. Apabila masuk ke dalam rumah terasa seperti indah khabar dari rupa. Ia tidak secantik yang kami banyangkan melalui gambar-gambar yang diterima.

Kebaikan homestay
Saiz – keluasan lebih besar dan selesa untuk sekeluarga
Ruang – terdapat 3 bilik, ruang tamu, dapur, tandas dan balkoni.
Had penghuni – tiada had penghuni.
Tilam tambahan – ada menyediakan tilam tambahan tanda sebarang cas.
Peralatan- disediakan peralatan memasak

Kelemahan homestay
Toilet – tidak sediakan kelengkapan seperti shower gel, shampoo, towel.
Kebersihan – terdapat lipas.          
Tilam tambahan – tidak disediakan cadar.
Warna cadar - menggunakan cadar warna-warni dan bercorak membuat penghuni kurang yakin dengan tahap kebersihan.

·     * Komen-komen ini adalah berpandu pada homestay yang saya sewa di langkawi pada tempoh hari dan tidak bermakna semua homestay adalah sama.


No comments:

Post a Comment