Tahukah anda bertapa penting membuat perancangan perjalanan
untuk sesuatu trip. ini bagi memastikan kelancaran program yang diaturkan.
1. route perjalanan – untuk mengetahu tempat-tempat menarik
yang wajib dilawati pada laluan yang sama. Ini bagi menjimatkan masa dan petrol
jika sewa kenderaan.
2. masa operasi – mesti membuat semakan hari dan masa
beroperasi bagi tempat yang akan dilawati. Bukan semua tempat akan beroperasi
setiap hari.
3. jarak dan temph perjalanan. – semakan jarak perjalanan
bagi mengenalpasti bilangan tempat yang boleh anda lawati setiap hari.
4. kesesuaian tempat – jika bercuti dengan keluarga yang
terdiri daripada kanak-kanak trip perlulah lebih fokus pada tempat yang boleh
dinikmati oleh mereka. Jika trip anda persama ibu bapa perlulah kenal pasti
cita rasa mereka. Trip yang tidak mengambil kira kehendak pelanggan akan
menimbulkan rasa stress disepanjang trip. Terutamanya kanak-kanak akan mula
meragam.
5. tempat makan – tempat makan sangatlah bergantung kepada
budget sesuatu trip. Bagi trip saya Bersama ibu bapa kami lebih gemar mencuma
makan di sekitar pasar atau tepi jalan. Kerana ini lebih melambangkan persekitaran
dan budaya sebenar kawsan tersebut. Jenis makanan seperti masakan cina, melayu,
india, barat. Tempat seperti gerai, restaurant, hotel.
6. masa- masa sangat mempengaruhi kejayaan sesuatu trip.
Jika tidak perjalanan tidak mengikut masa yang ditetapkan, maka semua
perjalanan pada hari berkenaan akan teranjak. Mungkin terdapat juga tempat yang
tidak sempat dilawati. Atau masa yang boleh diluangkan pada satu-satu tempat
akan tidak mencukupi.
7. plan A – plan b – perlu ada plan kedua jika plan A tidak
Berjaya. Contoh hari perkenaan perlu ke tempat outdoor, namun rebut melanda
maka tukarlah ke plan kedua tanpa membuang masa untuk mengikut plan A
8. rakan trip –
pastikan rakan yang anda pilih adalah dikarangan yang mempunyai citarasa yang
sama. Elakkan dari melancong dengan rakan yang cerewet kerana tidak sehaluan.
No comments:
Post a Comment