HUBUNGI KAMI

Sunday, 2 September 2018

FIRE DRILL - TATACARA PENGUSIAN BANGUNAN

Objektif Latihan Fire Drill

  1. Untuk menghapuskan dan mengurangkan risiko berlakunya kecederaan dan kematian disebabkan kegagalan melepaskan diri.
  2. Untuk memastikan pelepasan diri secara sistematik, cepat dan teratur.
  3. Untuk menentukan adanya jalan keluar yang selamat dan mencukupi seperti terkandung di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
  4. Memastikan sistem aktif berfungsi dan berada di dalam keadaan baik

Tindakan sebelum latihan fire drill

  1. Mendapatkan dan memahami pelan lantai/mimic plan tempat lokasi  yang menunjukkan pintu/jalan keluar keselamatan dan biasa, tempat berkumpul yang selamat semasa berlaku kebakaran serta sistem kebombaan yang terdapat di premis.
  2. Mengadakan perbincangan antara ERT dengan BOMBA bagi membincangkan aspek keselamatan di lokasi premis.
  3. Memastikan sistem aktif diselanggara dan berada di dalam keadaan baik.
  4. Memastikan sistem pasif  seperti adanya jalan keluar yang mencukupi dan selamat
  5. Memberi taklimat dan panduan terhadap aspek keselamatan kebakaran kepada penghuni. 

Tindakan semasa latihan fire drill
  1. Merekod maklumat bilangan kehadiran peserta/pengunjung serta kakitangan yang hadir pada masa tersebut.
  2. Memastikan lokasi penganjuran di dalam keadaan yang selamat dan sepertimana yang dibincangkan.
  3. Memastikan laluan untuk pelepasan diri tiada halangan.

Apabila berlaku sesuatu bencana kebakaran tindakan seperti berikut harus diambil:
  1. Kenalpasti jenis kecemasan, buat penilaian risiko ,bertindak segera dan aktifkan sistem penggera kebakaran
  2. Maklumkan kepada bilik kawalan untuk membuat pengumuman pengungsian menggunakan sistem siaraya dan makluman kepada pihak bomba.
  3. Pastikan semua kakitangan keluar dengan keadaan segera dan selamat ke kawasan perhimpunan yang telah ditetapkan. Dilarang menggunakan lif untuk tujuan pelepasan diri. 
  4. Kenalpasti dan rekod jumlah keseluruhan kehadiran sama seperti yang telah direkod sebelumnya. 
  5. Jika keadaan difikirkan selamat, cuba padamkan kebakaran tersebut menggunakan kemudahan sistem kebombaan yang ada. Tindakan mestilah tidak dilakukan secara berseorangan. Jika gagal dikawal, keluar dan tunggu sehingga pasukan bomba tiba.
  6. Jika terperangkap di dalam asap, cuba merangkak di paras paling rendah dan muka menghala ke bawah dan cuba keluar. 
  7. Tunggu sehingga pasukan bomba tiba dan pastikan panduan dan segala maklumat diberikan kepada pihak bomba. 

Tindakan selepas fire drill dilangsungkan 
  1. Memastikan semua kakitangan pulang dalam keadaan selamat
  2. Memastikan keadaan premis berada dalam keadaan seperti asal dan selamat.
  3.  Memastikan semua kakitangan keluar sepenuhnya dari kawasan dan premis seperti yang direkodkan sebelumnya.

sumper rujukan : www.bomba.gov.my


No comments:

Post a Comment