makanan kegemaran saya adalah mee segera. Slogan CEPAT DIMAKAN SEDAP DIMAKAN memang sangat tepat. Tidak perlu kemahiran yang tinggi untuk memasak mee segera. Sesuai untuk golongan yang tidak pandai memasak seperti saya.
Abang saya pernah perkata " Sedapnya adik masak Maggie " . Saya tahu abang saya cuma perli sahaja. Tapi sekurang-kurangnya boleh juga memasak kan walau Maggie pun. Sejak kecil lagi ibu menjadi chef di rumah dan di mana sahaja. Saya hanya masuk dapur untuk menyibuk. Tetapi agak pelik juga kenapa saya langsug tidak minat memasak. Saya lebih cenderung kepada membuat makanan ringan seperti cake, muffin, biskut dan lain-lain. Ini pun bukan la pakar. Hanya saya sangguh menghabiskan masa untuk mencuba. nerbanding memasak makanan berat dan menu utama.
No comments:
Post a Comment