Telah beberapa bulan saya diminta oleh acarn suk cikgu
meditasi saya untuk menyediakan buku suatmon (sembahyang) untuk kegunaankan
penganut agama buddha yang dating ke samnaksung pacha lilai tanah merah
Kelantan. Setelah menerima misi berkenaan saya mengambil masa 1 bulan untuk
menyusun dan sunti buku tersebut. Setelah disemak acarn mengarahkan saya untuk
meyediakan 100 naskah.
Saya Cuma mendapatkan harga dari kedai pencetakan di jerteh
dan harga yang ditetapkan ada la rm15/senaskah siap dengan binding. Harga itu
agak terik bagi saya. ini bermakna saya perlu menyediakan rm1500 untuk
kesemuanya. Sementara waktu saya masih tercari-cari kedai pencetakan yang dapat
menawarkan harga yang lebih murah. Namun sekitar tanah merah dan kota bharu
saya masih tidak jumpa kedai yang dikehendaki.
Suatu hari phi mai menghubungi saya untuk bertanya khabar
seperti selalu. Saya tanpa dirancang bertanya jika phi mai ada kenal mana-mana
kedai pencetakan yang boleh menghasilkan buku. Saya menerangkan segala permintaan
acarn. Phi tabpa diduga menawakan untuk mengumpul dana sebanyak rm1500 untuk
sama. Syukur yang tidak tertingga. Kemudian phi mai juga memaklumkan bahawa
kawannya mempunyai kedai pencetakan. Namun setelah saya menghantar Salinan
softcopy dalam bentuk PDF mereka tidak dapat menbaca format Bahasa thai yang
digunakan oleh saya.
Sementara menunggu pihak mereka, saya Cuma mendapatkan kedai
printing yang biasa digunakan oleh wat phuthathaksin, pasir puteh Kelantan.
Saya telah diperkenalkan kepada kedai Thongchai printing di sg golok thailaind
Pada 31 ogos 2018 (jumaat) saya ke kedai tersebut. Setelah
melibat buku yang diperlukan mereka mengenakan harga yang agak mahal iaitu
20bath/naskah. Saya terkejut dengan harga tersebut kerana lebih tinggi dari
Malaysia. Namun setelah melihat kiraannya rupa-rupanya dia tersalah kira
bilangan muka surat. Kemudian sekali lagi dia membuat kira-kira nak menyatakan
harga 180bath dan saya memaklumkan ini masih mahal. Mereka buka mendapatkan
harga yang kami inginkan. Namum ibu saya meminta agar mereke kira dengan tepat.
Sekali lagi harga bertukar ke 150bath/naskah. Harga ini saya agak berpuashati
namun jika dikira dengan mata wang Malaysia harganya masih melebihi rm15.
Akhirnya tuan kedai menawarkan 130bath/naskah.
Kesimpulannya sebelum bersetuju dengan harga yang ditawarkan
oleh kedai perlulah semak betul-betul dan jangan malu jangan segan untuk
berunding. Saya menyerahkan hardcopy dan
softcopy kepada pihak kedai. Saya meminta agar kedai membuat penambahbaikan
pada muka hadapan buku. Ejaan juga perlu disemak semula kerana saya bukan
terlalu mahir dalam ejaan thai.
Ini adalah kali pertama saya membuat buku. Tersama sedikit
debar dengan hasil. Harap-harap buku ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
saya berasa sangat berterimakasih pada semua penderma yang membolehkan buku ini
menjadi kenyataan. Harap semua menerima pahaladari p erbuatan baik pada kali
ini.
No comments:
Post a Comment