Sepanjang melancong di langkawi kami menyewa kerete jenis
HIECE. Di langkawi terdapat pelbagai jenis kereta untuk disewa dengan
harga-harga yang berbeza. Anda boleh merujuk kepada website-website yang
memberi perkhidmatan sewa kerete dan membuat tempahan terlebihh dahulu sebelum
tiba di langkawi.
Di terminal fery langkawi juga terdapat ramai agen yang
menawarkan kereta untuk disewa. Anda perlu semak dahulu lingkungan harga yang
ditawaran untuk memudahkan rundingan dan tidak ditekan harga. Namun jika anda
melancong pada high season saya menasihati anda untuk membuat tempahan untuk
memastikan kenderaan yang anda perlukan tersediakan sebelum anda tiba.
Ada beberapa perkara yang anda perlu di ambil perhatian
sebelum kenderaan di terima dari agen.
- Pastikan kenderaan dalam keadaan baik
- Ambil gambar keseluruhan kenderaan
- Ambil gambar kerosakan yang terdapat di kenderaan seperti kesan calar atau kemek.
- Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik.
- Ambil gambil atau catat no kenderaan untuk mengelakkan kekeliruan di tempat letak kenderaan.
Gambar-gambar sangat penting untuk membuktikan segala
kerosakan adalah kesan asal dan bukan disebabkan pemanduan anda. Perkara ini
bagu mengelakkan pertelingkah antara penyewa dan agen. Perlu ingat bahawa bukan
semua agen adalah beretika dan jujur. Dalam keadaan tertentu anda mungkin
dipersalahkan. Oleh itu berjaga-jaga sebelum terkena. Jangan sampai rosak mood
bercuti dan rugi kerana dipaksa membayar kerosakan yang bukan anda sebagai
penyebab.
No comments:
Post a Comment