HUBUNGI KAMI

Saturday, 1 September 2018

FERI KE LANGKAWI


22 sept 2018 cuti umum raya haji. Saya mengikut keluarga abang bercuti di Langkawi. Perjalanan bermula dari 12.30 pagi dari Kelantan dan tiba di terminal feri kuala perlis pada jam 7.30 pagi.  Kami mendapatkan tiket di kaunter dengan harga rm18 untuk dewasa dan rm13 untuk kanak-kanak. Kami menaiki feri pada jam 8.30pagi.

Feri yang kami naiki bersaiz besar dan boleh memuatkan 500orang penumpang. Namun hari ini penumpang tidak padat mungkin ramai yang beraya di kampung. Kami duduk di kerusi seperti yang dicatatkan dalam tiket. Perjalanan bermula setelah semua penumpang mengambil kedudukan masing-masing. Hujan mula turun renyai-renyai. Namum ombak masih tenang. Kali ini saya tidak rasa mabuk laut berbanding lawatan ke Langkawi pada 2 tahun yang lepas.

Saya mula perhatikan lokasi pintu-pintu exit yang berdapat di atas kapal. Selain itu, saya juga cuba mencari tempat penyimpanan jaket keselamatan kerasa tidak dibekalkan kepada pelanggan semasa menaiki feri. 2 perkara ini sangat penting jika berlaku apa-apa kecemasan seperti feri dipukul rebut atau ombak. Adakah sempat untuk kami mencapai jaket keselatamatan yang diletakkan di atas tempat duduk sebelah kiri dan kanan. Di bawah kerusi juga terdapat sesuatu tetapi saya kurang pastikan apa kegunaannya.

Jika menaiki kapal terbang, penumbang akan diberi penerangan tentang langkah-langkah keselamatan dan cara menggunakan jaket keselamatan. Namun menaiki feri, saya tidak menerima sebarang taklimat keselamatan dari pihak berkuasa. Adakah mungkin untuk kami terselamat dalam keadaan kelam kabut. Terdapat guideline cara-cara memakai jaket keselamatan ditampal di merata-rata tempat di dinding feri. Namun saya percaya kebanyakan penumpang langsung tidak peka terhadap langkah-langkah keselamat kerana terlalu ngairah untuk bercuti di Langkawi.

Setelah 45min perjalanan, feri telah tiba di terminal feri Langkawi. Semua orang sangat teruja untuk menjejakkan kaki di bumi langkawi. Hari hari kami masih bernasib baik kerana perjalanan kami sampai di destinasi dengan selamat.


No comments:

Post a Comment