Selain dari suka melancong dan aktiviti outdoor kebanyakan
waktu saya lebih gemar kepada aktiviti bersendirian seperti membuat crochet dan
menjahit. Ia merupakan aktiviti ketika saya perlu bersendirian. Bila otak mula
rasa berserabut saya akan memulakan aktiviti crochet. Crochet mambantu untuk
buang segala kecelaruan dalam fikiran dan tumpu pada susunan crochet yang
diperlukan.
Membuat crochet dan menjahit seperti salah satu cara terapi
jiwa bagi saya. Saya dapat lari sejenak dari masalah dan fokus pada crochet
yang sedang dibuat. Jika anda biasa membuat crochet mesti tahu crochet memerlukan anda membekukan fikiran dari masalah lain dan fokus pada kiraan dan langkah crochet secara tepat untuk
mengelakkan sebarang kesalahan. Sama juga menjahit bila tersalah perlu
tetas semula benang yang telah dijahit adalah agak memakan masa dan buang masa
bagi professional seorang tukang jahit.
Ibu saya seorang tukang jahit. Sejak kecik lagi melihat ibu
menjahit sedikit sebanyak tertanam dalam jiwa saya minat menjahit. Uniform sekolah kami
adik-beradik adalah hasil tangan seorang ibu. Ibu berpendapat bahawa jahitan sendiri lebih kemas, jimat dan kain lebih
elok berbanding yang dibeli dari pasaraya. Namun setelah kami telah meningkat
dewasa ibu tidak lagi mengambil tempahan menjahit. Hanya fokus pada menjahit pakaian
untuk sekeluarga.
Semasa yang bertugas di Putrajaya, saya banyak meluangkan
masa lapang saya dengan membuat kerja-kerja tangan. Blog dan youtube menjadi
bahan rujukan utama saya.
No comments:
Post a Comment