HUBUNGI KAMI

Sunday, 2 September 2018

PELANGGAN


Pendorong utama sesuatu perniagaan adalah pelanggan.

KELULUSAN KEBENARAN MERANCANG


Hari ni tak sempat nak jual kain. Sibuk dengan lipat kain kat office je. Wajib saiz A4 sahaja.

KELAS MENJAHIT - SPANDER

Image may contain: 3 people, including Puteri Lis and Nur Suzana Dalila, people smiling, people sitting and indoor

Lebihan kain dari yang buat baju kebaya peplum untuk jamuan raya kita tranform jadi spentot pula. Enjoy Lunch hour dengan simple class.


HUJAN TIDAK BERMUSIM

Image may contain: cloud, sky, tree, outdoor and nature
Dik angkat jemuran.....hujan udah nak turun!!! 
Semalam dah ribut. Hari ni hujan renyai-renyai dah la langit




BA (BREATHING APPARATUS) - PERALATAN BANTUAN PERNAFASAN

30 Ogos 2018 (Khamis) sehari sebelum Hari Kemerdekaan, saya mengetuai Squad ERT Unit JKR KESEDAR menghadiri latihan tatacara menggunakan BA (Breathing Apparatus) - Peralatan Bantuan Pernafasan di Balai BOMBA Tanah Merah. BA set merupakan alat bantu pernafasan yang digunakan oleh pihak BOMBA semasa memasuki 
  1. ruangan yang berasap dan beracun. (gas CO, Gas lain yang mengandungi racun)
  2. ruangan dan kandungan oksigen menurun
  3. dalam ops pertolongan cemas dan pemadaman yang memerlukan tenaga yang banyak.

Komponen BA

sumber gamber : http://arffsyamsudinnoor.blogspot.com



Full face mask : masker muka fungsinya penutup wajah yang mampu menghindarkan penggunanya dari gas dan asap beracun ketika bertugas memadamkan kebakaran.

Face Mask
ftempat kat face mask di bahagian dagu dahulu. 
kemudian ketatkan semua bahagian.

Pastikan face mask betul-betul ketat dan tiada udara semujadi boleh menembusi face mask.



Demand valve : berfungsi sebagai bagian penting untuk mengatur konsumsi pemakaian udara dari tabung dan dihirup melalui masker tertutup (Full face Mask)



Cylinder/Tabung : berfungsi sebagai tabung penyimpanan udara




Pressure gauge and alarm(whistle) : alat pengukur tekanan tinggi dan tanda peringatan bahwa udara didalam tabung sudah menipis. Apabila jarum meter berada pada tanda merah, alat ini akan mula mengeluarkan bunyi menunjukkan hampir kehabisan gas dan perlu keluar dari tempat kejadian dalam masa 10min.

Pressure gauge and alarm(whistle)




Back plate : plat belakang yang di gunakan untuk membawa tabung udara


Back Plate




Medium pressure hose : selang tekanan rendah 



Pressure regulator / pressure reducer : untuk mengatur tekanan udara dari tabung ke full face mask



Pressure regulator / pressure reducer

FIRE DRILL - TATACARA PENGUSIAN BANGUNAN

Objektif Latihan Fire Drill

  1. Untuk menghapuskan dan mengurangkan risiko berlakunya kecederaan dan kematian disebabkan kegagalan melepaskan diri.
  2. Untuk memastikan pelepasan diri secara sistematik, cepat dan teratur.
  3. Untuk menentukan adanya jalan keluar yang selamat dan mencukupi seperti terkandung di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
  4. Memastikan sistem aktif berfungsi dan berada di dalam keadaan baik

Tindakan sebelum latihan fire drill

  1. Mendapatkan dan memahami pelan lantai/mimic plan tempat lokasi  yang menunjukkan pintu/jalan keluar keselamatan dan biasa, tempat berkumpul yang selamat semasa berlaku kebakaran serta sistem kebombaan yang terdapat di premis.
  2. Mengadakan perbincangan antara ERT dengan BOMBA bagi membincangkan aspek keselamatan di lokasi premis.
  3. Memastikan sistem aktif diselanggara dan berada di dalam keadaan baik.
  4. Memastikan sistem pasif  seperti adanya jalan keluar yang mencukupi dan selamat
  5. Memberi taklimat dan panduan terhadap aspek keselamatan kebakaran kepada penghuni. 

Tindakan semasa latihan fire drill
  1. Merekod maklumat bilangan kehadiran peserta/pengunjung serta kakitangan yang hadir pada masa tersebut.
  2. Memastikan lokasi penganjuran di dalam keadaan yang selamat dan sepertimana yang dibincangkan.
  3. Memastikan laluan untuk pelepasan diri tiada halangan.

Apabila berlaku sesuatu bencana kebakaran tindakan seperti berikut harus diambil:
  1. Kenalpasti jenis kecemasan, buat penilaian risiko ,bertindak segera dan aktifkan sistem penggera kebakaran
  2. Maklumkan kepada bilik kawalan untuk membuat pengumuman pengungsian menggunakan sistem siaraya dan makluman kepada pihak bomba.
  3. Pastikan semua kakitangan keluar dengan keadaan segera dan selamat ke kawasan perhimpunan yang telah ditetapkan. Dilarang menggunakan lif untuk tujuan pelepasan diri. 
  4. Kenalpasti dan rekod jumlah keseluruhan kehadiran sama seperti yang telah direkod sebelumnya. 
  5. Jika keadaan difikirkan selamat, cuba padamkan kebakaran tersebut menggunakan kemudahan sistem kebombaan yang ada. Tindakan mestilah tidak dilakukan secara berseorangan. Jika gagal dikawal, keluar dan tunggu sehingga pasukan bomba tiba.
  6. Jika terperangkap di dalam asap, cuba merangkak di paras paling rendah dan muka menghala ke bawah dan cuba keluar. 
  7. Tunggu sehingga pasukan bomba tiba dan pastikan panduan dan segala maklumat diberikan kepada pihak bomba. 

Tindakan selepas fire drill dilangsungkan 
  1. Memastikan semua kakitangan pulang dalam keadaan selamat
  2. Memastikan keadaan premis berada dalam keadaan seperti asal dan selamat.
  3.  Memastikan semua kakitangan keluar sepenuhnya dari kawasan dan premis seperti yang direkodkan sebelumnya.

sumper rujukan : www.bomba.gov.my


Saturday, 1 September 2018

KNIT COTTON JERSEY

Terdapat pelbagai jenis Knit Cotton Jersey bergantung kepada camporannya.
Contoh: Cotton campur Motex (Modal) adalah sedikit licin dan lembut, Cotton campur Polyster dan jenis Cotton 100%.

Kadar meregang bagi kain ini adalah agak sedikit iaitu 3-5% dan ada juga yang langsung tidak memeri. walaubagaimanapun ia masih sesuai untuk membuat semua jenis pakaian, shawl, baby bib, bootie, mitten, turban dan sebagainya.

Harga bagi Knit Cotton Jersey seperti dibawah adala RM20/m Sahaja.












DENIM SPANDEX

Denim Spandex ataupun soft jean mempunyai permukaan yang agak kasar. Namun sangat meregang dan lembut. Ia mempunyai kandungan spandex dan lazim ye memeri 4 arah. Cotton jenis ini sangat sesuai dibuat pakain dewasa seperti kardigan, palazo mahupun pakaian kanak-kanak seperti jacket, jengging, skirt pencil, short pants dan pelbagai lagi. 

Denim Spandex ini dijual pada harga RM24/m

COTTON SPANDEX


Kain jenis ini sangat memeri. selalunya ia mampu memeri empat hala. sangat selesa dibuat pakaian. Kainya lebih licin dan ringan. kain spandex juga dikenali sebagai kain cotton lycra kerana kandungan spandexnya yang sangat tinggi contoh pakai renang. sifat utamanya adalah memiliki kemampuan untuk meregang (stetch) dengan baik. Cotton spandex ini terdiri daripada beberapa jenis bergantung kepada tekstur dan campurannya.

Ini adalah antara kain Cotton Spandex yang boleh didapati di kedai Kinnari Fabrics Collection. Semua ini dijual dengan Harga Rm24/m dan stok adalah sangat terhad.













COTTON TERRY

Cotton Terry adalah Knit cotton yang sedikit tebal jika dibandingkan dengan knit cotton jenis lain. . biasanya Cotton Terry mempunyai warna yang agak menyerlah. ia sesuai digunakan untuk membuat pelbagai jenis pakaian. ia terdiri dari 2 jenis dengan pelbagai corak

1.  French Terry 

     cotton terry jenis ini adalah lebih tebal. ia sesuai untuk membuat pakaian untuk memanaskan badan. Lazimnya kain jenis ini digunakan untuk menjahit sweat/jogger pant, track suit, sewater, kardigan dan lain-lain.

Image may contain: outdoor
Corak Monster - RM24


2. Mini Terry / Baby Terry

    Cotton Terry jenis ini adalah lebih nipis. Ia sesuai untuk membuat pakaian untuk kegunaan hari. Ramai yang gemar menggunkan baby terry sebagai baju, palazo dah selagainya. Boleh juga dijadikan Bib dan kasut pre-walker. 

No automatic alt text available.
Bahagian Dalam cotton terry

No automatic alt text available.
Corak Mickey - RM24
No automatic alt text available.
Corak Pooh - RM24

KEDAI PRINTING BUKU


Telah beberapa bulan saya diminta oleh acarn suk cikgu meditasi saya untuk menyediakan buku suatmon (sembahyang) untuk kegunaankan penganut agama buddha yang dating ke samnaksung pacha lilai tanah merah Kelantan. Setelah menerima misi berkenaan saya mengambil masa 1 bulan untuk menyusun dan sunti buku tersebut. Setelah disemak acarn mengarahkan saya untuk meyediakan 100 naskah.

Saya Cuma mendapatkan harga dari kedai pencetakan di jerteh dan harga yang ditetapkan ada la rm15/senaskah siap dengan binding. Harga itu agak terik bagi saya. ini bermakna saya perlu menyediakan rm1500 untuk kesemuanya. Sementara waktu saya masih tercari-cari kedai pencetakan yang dapat menawarkan harga yang lebih murah. Namun sekitar tanah merah dan kota bharu saya masih tidak jumpa kedai yang dikehendaki.

Suatu hari phi mai menghubungi saya untuk bertanya khabar seperti selalu. Saya tanpa dirancang bertanya jika phi mai ada kenal mana-mana kedai pencetakan yang boleh menghasilkan buku. Saya menerangkan segala permintaan acarn. Phi tabpa diduga menawakan untuk mengumpul dana sebanyak rm1500 untuk sama. Syukur yang tidak tertingga. Kemudian phi mai juga memaklumkan bahawa kawannya mempunyai kedai pencetakan. Namun setelah saya menghantar Salinan softcopy dalam bentuk PDF mereka tidak dapat menbaca format Bahasa thai yang digunakan oleh saya.

Sementara menunggu pihak mereka, saya Cuma mendapatkan kedai printing yang biasa digunakan oleh wat phuthathaksin, pasir puteh Kelantan. Saya telah diperkenalkan kepada kedai Thongchai printing di sg golok thailaind

Pada 31 ogos 2018 (jumaat) saya ke kedai tersebut. Setelah melibat buku yang diperlukan mereka mengenakan harga yang agak mahal iaitu 20bath/naskah. Saya terkejut dengan harga tersebut kerana lebih tinggi dari Malaysia. Namun setelah melihat kiraannya rupa-rupanya dia tersalah kira bilangan muka surat. Kemudian sekali lagi dia membuat kira-kira nak menyatakan harga 180bath dan saya memaklumkan ini masih mahal. Mereka buka mendapatkan harga yang kami inginkan. Namum ibu saya meminta agar mereke kira dengan tepat. Sekali lagi harga bertukar ke 150bath/naskah. Harga ini saya agak berpuashati namun jika dikira dengan mata wang Malaysia harganya masih melebihi rm15. Akhirnya tuan kedai menawarkan 130bath/naskah.

Kesimpulannya sebelum bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh kedai perlulah semak betul-betul dan jangan malu jangan segan untuk berunding.  Saya menyerahkan hardcopy dan softcopy kepada pihak kedai. Saya meminta agar kedai membuat penambahbaikan pada muka hadapan buku. Ejaan juga perlu disemak semula kerana saya bukan terlalu mahir dalam ejaan thai.

Ini adalah kali pertama saya membuat buku. Tersama sedikit debar dengan hasil. Harap-harap buku ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. saya berasa sangat berterimakasih pada semua penderma yang membolehkan buku ini menjadi kenyataan. Harap semua menerima pahaladari p erbuatan baik pada kali ini.

CARA MENGURUSKAN KEKECEWAAN



Ada kawan bertanya kepada saya “kenapa aku masih tidak dapat melupakan dia sedangkan dia melukakan aku”.

Untuk melupakan sesuatu peristiwa itu memang tidak mudah. Makin kuat perasaan ingin lupa maka makin kuat kita terikat kepada perkara yang lepas. Seperti anda mengenggam batu, makin kuat anda gemgam maka makin sakitlah tangan anda. Saya selalu menasihatan kawan saya agar memberi masa kepada diri sendiri. Tidak perlu memaksa diri untuk terus melupakan kerana ia adalah mustahil. Lebih baik Cuma untuk ingat punca kekecewaan itu agar kita tidak lagi berpatah balik atau mengulangi kesalahan yang sama.

Manusia adalah sejenis makluk yang suka terikat dengan perkara yang telah lepas sehingga terus menerus melukakan diri sendiri tanpa sedar. Ada yang mula menghidap kemurungan kerana tidak dapat Terima sesuatu kenyataan. Ada juga yang terlalu runsing dengan sesuatu yang belum berlaku sehingga mengabaikan keadaan semasa.

Apakah cara terbaik untuk mengendalikan kekecewaan. Sebenarnya tiada formula yang nyata cara yang terbaik. Yang ada cumalah cara yang sesuai dengan individu tersebut. Sesetengah orang bila kecewa akan cuba bergaul dengan orang berkumpula dan Cuma elak dari bersendirian. Namun untuk saya saya lebih suka bersendirian dan melakukan aktiviti tertentu yang boleh hilangkan diri dari terus dibelenggu. Menagis juga merupakan salah satu terapi. Jangan biarkan ia terbuku di dalam dada sehingga meletup. Menangislah bila perlu.

Sebelum bersendirian pastikan anda tidak mempunyai perasaan ingin bunuh diri atau hilang kawalan diri. Jika sedar bahawa dalam otak anda asyik terpanggil-panggil ntuk bunuh diri maka elakkan bersendirian. Maklumkan pada orang sekeliling fikiran anda.

POLA MENJAHIT


Pada zaman kemodenan ini, yang minat menjahit tidak lagi perlu melalui kelas menjahit. Anda boleh menggunakan pola yang boleh dimuat turun dari internet atau  membeli pola yang dijual di website tertentu. 

Untuk menggunakan pola anda hanya perlu faham cara menggunakakan pola.
  1. Baca arahan yang berdapat pada pola
  2. Print pola
  3. Sambung pola
  4. Pilih ukuran yang dikehendaki
  5. Tekap di atas kain yang hendak digunakan
  6. Gunting kain mengikut pola
  7. Jahit

Walaubagaimana pun untuk menjahit anda perlu mempunyai asas-asas menjahit seperti :

  1. cara mengendalikan mesin jahit, 
  2. jarum yang bersesuaian dengan jenis kain,
  3. tapak yang patut digunakan



PENTING RANCANGN TRIP


Tahukah anda bertapa penting membuat perancangan perjalanan untuk sesuatu trip. ini bagi memastikan kelancaran program yang diaturkan.

1. route perjalanan – untuk mengetahu tempat-tempat menarik yang wajib dilawati pada laluan yang sama. Ini bagi menjimatkan masa dan petrol jika sewa kenderaan.

2. masa operasi – mesti membuat semakan hari dan masa beroperasi bagi tempat yang akan dilawati. Bukan semua tempat akan beroperasi setiap hari.

3. jarak dan temph perjalanan. – semakan jarak perjalanan bagi mengenalpasti bilangan tempat yang boleh anda lawati setiap hari.

4. kesesuaian tempat – jika bercuti dengan keluarga yang terdiri daripada kanak-kanak trip perlulah lebih fokus pada tempat yang boleh dinikmati oleh mereka. Jika trip anda persama ibu bapa perlulah kenal pasti cita rasa mereka. Trip yang tidak mengambil kira kehendak pelanggan akan menimbulkan rasa stress disepanjang trip. Terutamanya kanak-kanak akan mula meragam.

5. tempat makan – tempat makan sangatlah bergantung kepada budget sesuatu trip. Bagi trip saya Bersama ibu bapa kami lebih gemar mencuma makan di sekitar pasar atau tepi jalan. Kerana ini lebih melambangkan persekitaran dan budaya sebenar kawsan tersebut. Jenis makanan seperti masakan cina, melayu, india, barat. Tempat seperti gerai, restaurant, hotel.

6. masa- masa sangat mempengaruhi kejayaan sesuatu trip. Jika tidak perjalanan tidak mengikut masa yang ditetapkan, maka semua perjalanan pada hari berkenaan akan teranjak. Mungkin terdapat juga tempat yang tidak sempat dilawati. Atau masa yang boleh diluangkan pada satu-satu tempat akan tidak mencukupi.

7. plan A – plan b – perlu ada plan kedua jika plan A tidak Berjaya. Contoh hari perkenaan perlu ke tempat outdoor, namun rebut melanda maka tukarlah ke plan kedua tanpa membuang masa untuk mengikut plan A

8.  rakan trip – pastikan rakan yang anda pilih adalah dikarangan yang mempunyai citarasa yang sama. Elakkan dari melancong dengan rakan yang cerewet kerana tidak sehaluan.


SEWA KERETA


Sepanjang melancong di langkawi kami menyewa kerete jenis HIECE. Di langkawi terdapat pelbagai jenis kereta untuk disewa dengan harga-harga yang berbeza. Anda boleh merujuk kepada website-website yang memberi perkhidmatan sewa kerete dan membuat tempahan terlebihh dahulu sebelum tiba di langkawi. 

Di terminal fery langkawi juga terdapat ramai agen yang menawarkan kereta untuk disewa. Anda perlu semak dahulu lingkungan harga yang ditawaran untuk memudahkan rundingan dan tidak ditekan harga. Namun jika anda melancong pada high season saya menasihati anda untuk membuat tempahan untuk memastikan kenderaan yang anda perlukan tersediakan sebelum anda tiba.

Ada beberapa perkara yang anda perlu di ambil perhatian sebelum kenderaan di terima dari agen.
  1. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik
  2. Ambil gambar keseluruhan kenderaan
  3. Ambil gambar kerosakan yang terdapat di kenderaan seperti kesan calar atau kemek.
  4. Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik.
  5. Ambil gambil atau catat no kenderaan untuk mengelakkan kekeliruan di tempat letak kenderaan.

Gambar-gambar sangat penting untuk membuktikan segala kerosakan adalah kesan asal dan bukan disebabkan pemanduan anda. Perkara ini bagu mengelakkan pertelingkah antara penyewa dan agen. Perlu ingat bahawa bukan semua agen adalah beretika dan jujur. Dalam keadaan tertentu anda mungkin dipersalahkan. Oleh itu berjaga-jaga sebelum terkena. Jangan sampai rosak mood bercuti dan rugi kerana dipaksa membayar kerosakan yang bukan anda sebagai penyebab.


FERI KE LANGKAWI


22 sept 2018 cuti umum raya haji. Saya mengikut keluarga abang bercuti di Langkawi. Perjalanan bermula dari 12.30 pagi dari Kelantan dan tiba di terminal feri kuala perlis pada jam 7.30 pagi.  Kami mendapatkan tiket di kaunter dengan harga rm18 untuk dewasa dan rm13 untuk kanak-kanak. Kami menaiki feri pada jam 8.30pagi.

Feri yang kami naiki bersaiz besar dan boleh memuatkan 500orang penumpang. Namun hari ini penumpang tidak padat mungkin ramai yang beraya di kampung. Kami duduk di kerusi seperti yang dicatatkan dalam tiket. Perjalanan bermula setelah semua penumpang mengambil kedudukan masing-masing. Hujan mula turun renyai-renyai. Namum ombak masih tenang. Kali ini saya tidak rasa mabuk laut berbanding lawatan ke Langkawi pada 2 tahun yang lepas.

Saya mula perhatikan lokasi pintu-pintu exit yang berdapat di atas kapal. Selain itu, saya juga cuba mencari tempat penyimpanan jaket keselamatan kerasa tidak dibekalkan kepada pelanggan semasa menaiki feri. 2 perkara ini sangat penting jika berlaku apa-apa kecemasan seperti feri dipukul rebut atau ombak. Adakah sempat untuk kami mencapai jaket keselatamatan yang diletakkan di atas tempat duduk sebelah kiri dan kanan. Di bawah kerusi juga terdapat sesuatu tetapi saya kurang pastikan apa kegunaannya.

Jika menaiki kapal terbang, penumbang akan diberi penerangan tentang langkah-langkah keselamatan dan cara menggunakan jaket keselamatan. Namun menaiki feri, saya tidak menerima sebarang taklimat keselamatan dari pihak berkuasa. Adakah mungkin untuk kami terselamat dalam keadaan kelam kabut. Terdapat guideline cara-cara memakai jaket keselamatan ditampal di merata-rata tempat di dinding feri. Namun saya percaya kebanyakan penumpang langsung tidak peka terhadap langkah-langkah keselamat kerana terlalu ngairah untuk bercuti di Langkawi.

Setelah 45min perjalanan, feri telah tiba di terminal feri Langkawi. Semua orang sangat teruja untuk menjejakkan kaki di bumi langkawi. Hari hari kami masih bernasib baik kerana perjalanan kami sampai di destinasi dengan selamat.


HOMESTAY


Trip di langkawi kami ini kami menggunakan perkhidmatan homestay. Semasa tiba di alamat homestay yang telah ditempah, kami agak terkejut kerana dari luaran kelihatan agak uzur. Beberapa kali saling bertanya “betul ke ni apartment yang kita booking tuh”. Setelah bertanya kepada pegawai keselamatan ternyata tidak salah.
Kami diarahkan mengambil kad dari peti surat tuan rumah untuk kami memasuki kawasasan apartment. Setelah mendapatkan parking, semua barang dibawa ke homestay. Apabila masuk ke dalam rumah terasa seperti indah khabar dari rupa. Ia tidak secantik yang kami banyangkan melalui gambar-gambar yang diterima.

Kebaikan homestay
Saiz – keluasan lebih besar dan selesa untuk sekeluarga
Ruang – terdapat 3 bilik, ruang tamu, dapur, tandas dan balkoni.
Had penghuni – tiada had penghuni.
Tilam tambahan – ada menyediakan tilam tambahan tanda sebarang cas.
Peralatan- disediakan peralatan memasak

Kelemahan homestay
Toilet – tidak sediakan kelengkapan seperti shower gel, shampoo, towel.
Kebersihan – terdapat lipas.          
Tilam tambahan – tidak disediakan cadar.
Warna cadar - menggunakan cadar warna-warni dan bercorak membuat penghuni kurang yakin dengan tahap kebersihan.

·     * Komen-komen ini adalah berpandu pada homestay yang saya sewa di langkawi pada tempoh hari dan tidak bermakna semua homestay adalah sama.


MEE SEGERA

makanan kegemaran saya adalah mee segera. Slogan CEPAT DIMAKAN SEDAP DIMAKAN memang sangat tepat. Tidak perlu kemahiran yang tinggi untuk memasak mee segera. Sesuai untuk golongan yang tidak pandai memasak seperti saya.

Abang saya pernah perkata " Sedapnya adik masak Maggie " . Saya tahu abang saya cuma perli sahaja. Tapi sekurang-kurangnya boleh juga memasak kan walau Maggie pun. Sejak kecil lagi ibu menjadi chef di rumah dan di mana sahaja. Saya hanya masuk dapur untuk menyibuk. Tetapi agak pelik juga kenapa saya langsug tidak minat memasak. Saya lebih cenderung kepada membuat makanan ringan seperti cake, muffin, biskut dan lain-lain. Ini pun bukan la pakar. Hanya saya sangguh menghabiskan masa untuk mencuba. nerbanding memasak makanan berat dan menu utama.

PERALATAN MENJAHIT

Bagi memulakan hobi menjahit. peralatan yang diperlukan tidak perlulah terlalu mahal. Mulakan dengan peralatan yang harga mampu milik. Antara peralatan yang dimiliki saya buat masa ini adalah seperti berikut:

mesin jahit portable

mesin jahit kelim tepi

jarum jahit

benang

pembaris pola




MENULIS


Tidak semua orang mempunyai kemahiran menulis. Maksud saya menulis dengan tulisan yang kemas dan teratur. Begitu juga saya. Bila perlu menulis tangan saya akan berasa sangat tidak berkeyakinan kerana ramai yang menegur tulisan saya. Ada yang kata seperti tulisan doktor. Tidak faham betul saya kenapa orang suka samakan tulisan cakar ayam dengan tulisan doktor. Tapi selalu pergi klinik memang tidak faham langsung tulisan doktor.

Ramai yang tidak bercaya saya pelajar senibina apabila melihat keseian tulisan saya. Mereka berpendapat bahawa pelajar senibina lazimnya mempunyai lakaran dan tulisan yang sangat kemas dan kreatif. Namun ciri-ciri itu ternyata tiada dalam diri saya.

Semenjak menyertai kelas asas penulisan blog, Puan masayu mewajibkan semua pelajar membuat catatan harian di dalam buku nota. Kemudia catatan itu akan diolah manjadi satu entri yang akan dimasukkan ke dalam blog. Ini adalah tulisan tangan terpanjang sejak beberapa tahun ini. Bermula dari wujudnya computer dan printer saya tidak lagi perlu memggunakan beggitu banyak tulisn tangan kecuali menulis boring dan membuat catatan minit mesyuarat.

Namun sejak kebelakangan ini saya dapat merasakan keseronokan menulis nota. Ia lebih mudah dan boleh dicatatkan bila-bila masa serta ditulis dengan segera.  Tidak lagi perlu menunggu untuk di taipkan didalam computer. Setiap maklumat akan dicatat dengan ringkas namun tiada maklumat yang ketinggalan. Tulisan dicorek seiringan dengan perasaan. Inilah kesenian dalam menulis dairi yang telah lama ditinggalkan.

Kini saya telah mula mencari idea menulis dengan tulisan yang cantik. Bila tulisan cantik keinginnan menulis secara automatic akan meningkat juga. Perasaan kagum terhadap tulisan orang lain mungkin akan ada pada tulisan saya.



BIAR IA MENJADI RAHSIA

Hujan renyai-renyai. Fikiran mula melayang-layang sambil melayan perasaan. Teringat sesuatu ketika dulu, saya pernah menilai orang tanpa meletak diri di tempat mereka. Timbul satu prasangka. hanya kerana mereka cuba merahsiakan sesuatu yang agak peribadi. Mungkin ramai pernah berpandangan begitu terhadap orang lain.

Sifat peribadi saya bukan seorang yang pakar dalam menipu atau jarang sekali menipu. Kecuali menipu untuk tujuan hiduran iaitu buat lawak atau buat kejutan. Ayat akan mula terputus-putus bila ingin menipu sedangkan saya seorang yang agak lantang berbicara. Mata juga mula tidak menentu dan tidak ingin bertentang mata. Ini merupakan reaksi-reaksi normal bagi seseorang yang mula cuba menipu.

Saya selalu tidak faham mengapa sesetengah orang perlu menipu atau merahsiakan sesuatu. Apakah motif sebenar. Tetapi kini saya mula faham pendirian mereka setelah saya sendiri menghadapi masalah yang sulit untuk dikongsikan. Saya mula merasai perbezaan maksud tipu, rahsia dan memendam rasa. Bukan semua perkara kita perlu dikongsikan dengan orang lain.  

Semua orang mempunyai hak untuk menyimpan rahsia sendiri. Hormatilah hak tersebut. Jangan kerana anda tidak mendapat maklumat tentang apa yang ditanya terus menuduh mereka seorang penipu. Mereka hanya menjaga hak mereka untuk tidak menyebarkan rahsia tersebut. Siapalah anda untuk menuduh mereka menipu. 

Dalam hal ini saya pecahkan manusia kepada 3 kategori:


  1. Bertanya sekadar ingin tahu tetapi tiada niat untuk membantu
  2. Mengambil berat dengan niat ingin berkongsi beban yang ditanggung
  3. Menyibuk untuk mengembangkan apa yang dicritakan kepada kumpulan yang suka mengumpat.
Kategori manakah anda? Harap ada keiklasan disebalik setiap tindakan anda. Elakkan dari niat bersembunyi kerana tindakan anda akan menambahkan parah di hati orang itu. Balik kepada situasi saya. Alasan saya tidak menceritakan semua benda yang orang lain tahu adalah kerana :
  1. saya tidak ingin membebankan orang lain
  2. orang itu tidak dapat membantu apa-apa
  3. walau ia dirahsiakan tidak akan memudaratkan sesiapa termasuk diri sendiri.


Selain itu saya juga padankan topik dengan orang yang ingin saya kongsikan cerita. Topik A mungkin sesuai diceritakan pada X namun tidak semestinya sesuai dikongsikan kepada Y. Ini kerana tahap penerimaan dan pengalaman setiap orang terhadap sesuatu perkara adalah tidak sama dan akan mempengaruhi penilaian mereka.

ALAT CROCHET


Membuat crochet salah satu aktiviti di kala kelapangan.
Peralatan yang diperlukan ialah:
Jarum crochet – ikut kesesuaian benang

  • Benang
  • Pattern


Antara crochet yang pernah saya buat adalah:
  • Pelapik cawan
  • Key holder
  • Sarung botol
  • Kasut baby
  • Topi kanak-kanak.


SAMBUNG BELAJAR VS BERKERJA


12 tahun dahulu ada pernah berada dalam dilema antara hendak terus menghabiskan pengajian atau menamatkan pengajian untuk berkerja.

Semasa umur saya 24 tahun saya telah menyambung pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang sains pembinaan. Setelah 1 tahun atau 2 semester berada di UTM saya menerima surat tawaran untuk berkerja sebagai Pembantu Teknik gred J29 di JKR dengan kelulusan diploma.

Semasa di UTM saya sangat aktif dengan kelab kembara dan memegang jawatan sebagai  jawatankuasa pelajar di asrama. selain itu pengajian saya juga berlajan dengan dengan cgpa yang agak baik.  Apabila menerima tawaran itu, Terus terang saya berasa sangat tertekan. Pilihan mankah perlu saya ambil? Sebenar hati saya sayang untuk meninggalkan kampus UTM dan kawan-kawan yang lain. Saya suka suasana pembelajaran disini.

Ibu juga seperti saya. Ibu hendak saya menghabiskan pengajian dahulu. Namun kakak saya yang telah berkerja di JKR pada masa itu menasihatkan saya untuk berkerja. Namun hati saya masih mengatakan saya nak belajar. Kemudian ibu telah menghubungi bapa saudara saya Lung Siri yang berkerja untuk sebagai pegawai di jabatan kebudayaan untuk mendapatkan nasihat. Lung siri tegas meminta saya terima tawaran kerja kerana peluang untuk mendapat tawaran kerja di sector kerajaan kemungkin sangat tipis buat masa saya graduan nanti.

Tertekan yang tidak terkata pada masa itu. Namun akhirnya saya telah bertindak untuk menamatkan pengajian di UTM dan melapor diri di JKR pada 10 julai 2006.

Namun memang ternyata nasihat dari kakak dan Lung siri itu benar. Saya masih berpeluang menghabiskan pengajian saya, Cuma yang membezakan adalah secara separuh masa. Tahun 2008 saya telah Berjaya menamatkan pengajian saya dengan sarjana muda dengan kepujian sains pembinaan denga cgpa 3.09. satu skor yang agak baik bagi mereka yang  kerja sambal belajar.

Sehingga kini saya masih menyandang jawatan j29 kerana walaupun mempunyai ijazah namun persaingan untuk memasuki sector awam gred 41 pada masa ini adalah sangat sengget. Cuma bayangkan jika dulu saya menolak tawaran JKR, sekarang saya mungkin tidak berpeluang menjadi seorang penjawat awam untuk berjasa kepada rakyat.


PEMERIKSAAN TAPAK

Persoalannya apakah periksaan tapak yang akan dijalankan oleh seorang penolong pegawai senibina?  Saya bertanggungjawab untuk memeriksa semua skop yang berada dibawah skop kerja senibina. Antaranya adalah bumbung, dinding, pintu, tingkat, lantai, kelengkapan kebersihan dan lain-lain.

Bagaimanakah cara untuk membuat pemeriksaan? Untuk membuat pemeriksaan tapak mestilah berpandu kepada beberapa perkara berikut.
  1.         Lukisan pembinaan
  2.         Spesifikasi
  3.             Kontrak
  4.         Kelulusan bahan
  5.         Mock-up


Sebelum sesuatu binaan dibina ditapak pihak kontraktor perlu mendapatkan kelulusan bahan . hanya bahan yang telah diluluskan sahaja dibenarkan berada di tapak. Setelah mendapat kelulusan bahan, pihak kontraktor perlulah menyediakan sample kerja atau mock-up untuk pemeriksaan dan kelulusan JKR. Mock-up ini sebagai tanda aras kualiti yang diperlukan oleh JKR. Kontraktor perlu memastikan bahan dan kauliti kerja sepanjang pembinaan adalah sama sepertimana kelulusan.

Pemantauan dan pemeriksaan tapa adalah sangat penting bagi memastikan kualiti kerja adalah dibawah kawalan. Jika mendapati kualiti rendah dari yang ditetapkan arahan p embaikian kerja perlu dikeluarkan kepada kontraktor. Seandainya kontraktor gagal mengikut arahan, NCP akan dikeluarkan dan bayaran untuk kerja tersebut akan disekat.



LUKISAN SENIBINA


Dalam sesuatu projek terbahagi kepada 5 peringkat iaitu peringkat perangcangan, rekabentuk, perolehan, pembinaan dan penyerahan.

Pada peringkat perancangan unknit senibina bertanggungjawab untuk menyediakan lukisan rekabentuk konsep berdasarkan keperluan pelanggan. rekabentuk adalah bergantung kepada maklumat kajian tapak seperti arah matahari turun naik, arah aliran angin, bentuk muka bumi dan halangan di tapak dan lain-lain. Hasil dari kajian tapak unit senibina akan meghasilkan lukisan rekabentuk konsep yang menunjukkan susunan kasar ruang dan bentuk bangunan. Cadangan ini akan dibentangkan dalam mesyuarat rekabentuk konsep. Penambahbaikan berdasarkan komen-komen pelanggan akan dibuat sehingga ia dipersetujui.

Unit ukur bahan akan membuat anggaran kos kasar (PDA) dari rekabentuk konsep tersebut bagi memastikan ia tidak melebihi kos siling yang diperuntukkan. Setelah mendapat kelulusan PDA unit arkitek akan meneruskan misi menyediakan lukisan awalan. Iaitu lukisan yang diperkemaskan dari rekabentuk konsep. Semua garisan, symbol dan spesifikasi penting akan dimasukkan ke dalam lukisan ini. Lukisan awalan yang telah diselaras dengan semua displin perlu mendapat verifikasi dan validasi dari pelanggan bagi memastikan ia tidak berbeza daripada kehendak pelanggan. Jika terdapat sebarang komen,kajian semula rekabentuk akan dibuat sehingga pelanggan tiada halangan dengan rekabentuk ini.

Seterusnya kerja-kerja menyediakan lukisan perinci oleh unit senibina dan semua displin yang terlibat. Lukisan perinci terdiri dari lukisan utama, lukisan terperici, jadual, dan tanda panduan, spesifikasi. Penyelarasan rekabentuk akan diadakan bagi memastikan tiada percanggah maklumat antara semua displin sebelum dicepat untuk dijadikan lukisan tender.

Semasa peringkat pembinaan, unit senibina akan menyediakan lukisan pembinaan untuk kegunaan pihak kontraktor sepanjang tempoh pembinaan. Lazimnya lukisan pembinaan adalah sama dengan lukisan tender seandainya tiada sebarang perubahan rekabentuk setelah ditender. Lukisan ini akan ditempatkan di pejabat tapak sepanjang tempoh pembinaan.


SEMBAHYANG


Hari in perlu menghadiri upacara sembahyang & dana pada ahli keluarga yang telah meninggal. Dari semalam lagi ibu menyiapkan bahan-bahan yang perlu dan ibu bangun subuh untuk memasak.

Tepat jam 9 pagi saya Bersama ibu menuju ke Wat Phuthatthaksin, Semerak, Kelantan di masa upacara akan diadakan disana. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit. Semasa sampai dilokasi, saudara mara kami dari kampung keluang, besut, Terengganu telah mula membuat persediaan majlis. Saya dan ibu menurunkan semua makan yang dibawa dan terus menghidang diatas meja yang hampir tiada ruang.

Jam 11 pagi upacara sembahyang berlangsung dalam 1 jam. Kemudian peralatan dan barang-barang untuk kegunaan sami dan Wat telah diserahkan kepada sami sebagai dana. Tepat Jam 12.30 tengahari semua sami dijemput ke ruang makan untuk menjamu selera.

Upacara sebegini lazim dilakukan oleh masyarakat siam buddha sebagai peringgatan kepada mereka yang telah meninggal dan sebagai tanda penghargaan serta mengenang jasa ibu bapa walaupun telah meninggal. Selain itu juga untuk mendoakan mereka bersemadi dengan tenang di alam yang lain.

CROCHET


Selain dari suka melancong dan aktiviti outdoor kebanyakan waktu saya lebih gemar kepada aktiviti bersendirian seperti membuat crochet dan menjahit. Ia merupakan aktiviti ketika saya perlu bersendirian. Bila otak mula rasa berserabut saya akan memulakan aktiviti crochet. Crochet mambantu untuk buang segala kecelaruan dalam fikiran dan tumpu pada susunan crochet yang diperlukan.

Membuat crochet dan menjahit seperti salah satu cara terapi jiwa bagi saya. Saya dapat lari sejenak dari masalah dan fokus pada crochet yang sedang dibuat. Jika anda biasa membuat crochet mesti tahu crochet memerlukan anda membekukan fikiran dari masalah lain dan fokus pada kiraan  dan langkah crochet secara tepat untuk mengelakkan sebarang kesalahan. Sama juga menjahit bila tersalah perlu tetas semula benang yang telah dijahit adalah agak memakan masa dan buang masa bagi professional seorang tukang jahit.

Ibu saya seorang tukang jahit. Sejak kecik lagi melihat ibu menjahit sedikit sebanyak tertanam dalam jiwa saya minat menjahit. Uniform sekolah kami adik-beradik adalah hasil tangan seorang ibu. Ibu berpendapat bahawa jahitan sendiri lebih kemas, jimat dan kain lebih elok berbanding yang dibeli dari pasaraya. Namun setelah kami telah meningkat dewasa ibu tidak lagi mengambil tempahan menjahit. Hanya fokus pada menjahit pakaian untuk sekeluarga.

Semasa yang bertugas di Putrajaya, saya banyak meluangkan masa lapang saya dengan membuat kerja-kerja tangan. Blog dan youtube menjadi bahan rujukan utama saya.


Wednesday, 29 August 2018

JOM MELANCONG

Antara negara yang telah yang berjaya kunjungi selain Malaysia adalah:

1.     THAILAND  - Narathiwat, Hatyai, Trang, Krabi, Phuket, Bangkok, Chiangmai,                                               Chiangrai dan lain-lain
2.     CHINA          - Beijing
3.     INDONESIA - Bandung dan Yokyakarta
4.     MYNMAR     - Yangon, Mandalay, Bagan, Inle.
5.     KOREA         - Seoul dan Busan
6.     AUSTRALIA - Melbourbe 


Terdapat dua cara untuk melancong:
1.    Menggunakan perkhidmatan Agensi perlancongan.
       Perlu menghubungi agesi untuk mendapatkan maklumat tengan tawaran harga dan perkhidmatan sepanjang perjalanan. Harga yang dikenakan oleh Agensi biasa ye lebih mahal berbanding perlancongan secara sendiri. Pelancong hanya perlu mengikut aturcara yang telah disusun tanpa sebanrang kebimbangan. Namun terdapatn sekatan darisegi masa yang diluangkan pada setiap tempat bagi mamastikan perjalanan program lancar.

2.    Mengatur perancangan perjalanan dengan sendiri.
       Saya lebih gemar malancong sendiri. mengatur perjalanan sepertimana budget yang ada. Masa yang digunakan pada setiap tempat adalah lebih bebas. Bagi saya cara ini lebih santai dan  pemilihan tempat lebih menepati citarasa. 

Antara perkara penting bagi memastikan pengembaraan berjaya adalah
1.    Tarikh/Musim/Cuaca
2.    Promosi Penerbangan
3.    Perjalanan
4.    Pengangkitan
5.    Budget
6.    Penginapan
7.    Visa


Tuesday, 28 August 2018

PENAPIS AIR CUCKCOO

Pada hujung bulan 7, Ibu telah tertarik dengan penapis air jenama Cuckcoo memandangkan penapis air Elken yang telah kami guna selama beberapa tahun yang lepas telah rosak dan kos pembaikian agak mahal dan tidak berpatutan.

Saya mewakili ibu menghubungi agen cuckcoo untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kelebihan penapis cuckcoo dan promosi yang ditawarkan pada masa itu. Agen tersebut memberi pejelasan yang sangat bagus dan mesra pelanggan. Semua yang baik-baik sahaja dimaklumkan. Sehingga mustahil tiada kelemahan. 

Kinnari   : seandainya pelanggan tidak berpuas hati boleh ke ia dikembalikan. 
Agen      : semua pelanggan sangat berpuashati dan tidak pernah menerima sebarang 
                aduan. 
Kinnari   : sekiranya saya meninggal apa akan terjadi dengan penapis air yang ada kontrak  
                bayaran ansuran ini. 
Agen      : Minta di jauhkan la.
Kinnari   : Yela saya kata seandainya.
Agen      : Waris pelanggan masih perlu membuat bayaran.
Kinnari   : Maksudnya saya tidak boleh kembalikan penapis air ini sepertimana  
                dimaklumkan kepada ibu saya semasa di counter booth.
Agen      : Kalau puan dah tak nak menggunakan penapis air ini puan perlu mencari penganti untuk menyambung bayaran ansuran itu.

Kesimpulannya pelanggan perlu semak kesahihan maklumat yang disampaikan oleh agen kerana kebanyakan berkerja atas dasar target untuk ganjaran sepertimana yang ditawarkan oleh syarikat.

Keesokan hari agen telah menghubungi saya untuk mengingatkan bahawa promosi hampir tamat. Setelah berbincang dengan ibu masih berminat untuk mamasang penapis air. Saya telah menghantar maklumat yang diperlukan. Penapis air jenama cuckcoo jenis Iris telah menjadi pilihan kami. Pihak Cuckcoo telah menghantar pesanan ringkas untuk kami mengesahkan tempahan. Kerana kesibukan kerja luar kawasan saya telah mengambil masa beberapa hari untuk memberi jawapan. Saya telah memaklumkan bahawa saya memerlukan masa untuk meneliti syarat-syarat kontrak ( T&C). Agen beberapa kali cuba mendesak saya untuk bersetuju sehingga saya berasa kurang selesa dengan desakan tersebut. Ada termaktub bahawa pelanggan tidak boleh memulangkan semula penapis air cuckcoo dalam tempoh minimum iaitu 78 bulan. Sekiranya pelanggan masih berhasrat membantalkan kontrak, pelanggan perlu membayar cas seperti kiraan yang dinyatakan dalam kontrak. Jaga-jaga perkara ini sangat penting sebelum buat keputusan.

Kinnari    : Rumah saya kualiti air tidak berapa bagus selalu kotor warna kuning lumpur.
Agen       : Hari-hari ke kotor
Kinnari    : Selalu la juga. Saya bimbang penapis tersumbat dan bermasalah 
Agen       : Jangan bimbang puan kan kontrak ini termasuk penyelenggaraan. Lagipun pelanggan saya kat kelantan tidak pernah ada masalah
Kinnari    : (ayat ini lagi. Pikir saya) Saya tak nak la nanti rosak ke, air rasa xleh nak telan ke tapi saya tak dapat nak pulangkan semula.
Agen       : tak apa puan kami hantar juruteknik untuk semak dulu sebelum pasang.

Selepas perbualan itu saya masih tidak menjawab pesanan ringkas dari Cuckcoo. Mungkin Agen hilang sabar dan terus hubungi ibu saya dan memaklumkan kecerewetkan saya. Cuba teka apa jawapan seorang ibu. "Kalau dia cerewet awak tak payah la nak jual kat dia, jual je kat orang lain." Agen sedikit kedu dengan jawapan.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk balas pesanan ringkas cuckcoo dengan SETUJU memandangkan kami mempunyai keperluan untuk mengunakan penapis air. 

Bererapa hari kemudian Juruteknik dari cuckcoo datang bersama penapis air. Ujian menunjukkan tekanan air di rumah kami sangat rendah. Juruteknik dengan jujur menerangkan kesan-kesan seandaikan pemasangan diteruskan. Bagi pengelakkan kerugian pelanggan Juruteknik terus menghubungi Agen bagi memaklumkan isu dan masalah yang dikesan. Saya berasa sangat berterima kasih dengan keikhlasa dan kejujuran yang ditunjukan oleg Juruteknik yang berkerja dengan Cuckcoo berbanding sikap Agen menunjukkan sifat terdesak untuk cukupkan target. 

Etika kerja dan penampilan pekerja adalah melambangkan kebolehpercayaan sebuah syarikat.

AGEN NORAFURLA



Menjadi Agen Norafurla memberi saya peluang yang banyak untuk terdedah dengan berniagaan secara online. Namun ia tidak mudah yang disangka. Displin, kesabaran dan masa menjadi kunci kejayaan dalam bidang ini.

Berita pencarian agen Norafurla telah tersebar melalui laman sosial Facebook tepat pada masa saya ingin menceburi bidang perniagaan secara online. Setelah meneliti syarat-syarat yang dinyatakan oleh Pn. Nora Adila Founder Norafurla saya berasa sangat teruja untuk mencuba. Setelah memenuhi syarat yang ditetapkan saya diterima sebagai Agen Norafurla. Dengan bayaran RM 480 saya memperolehi 1 kotak Mascara sebagai permulaan perniagaan. 

Pada masa yang dijadualkan kami akan menerima coaching dari Founder melalui FB LIVE.
Agen akan diajar cara-cara membuat marketing secara berkesan seperti :

1.      copywriting mesti menjurus ke arah perkongsian ilmu.
2.      dilarang sama sekali membuat hard sale.
3.      manfaatkan FB live kerana rakan fb akan menerima notification secara automatik
4.      post customer review untuk meningkatkan trust
5.      promotion pada hari-hari tertentu.
6.      add rakan FB yang berkaitan dengan bisness (targeted prospek)
7.      pastikan rakan FB mencecah kuantiti maksimum (5000 orang)

Untuk meningkatkan sale agen adalah digalakkan mengikut langkah-langkah yang disarankan oleh founder. Namun Halang utama kegagalan agen adalah lemah dalam penulisan. motivasi menurun apabila tiada repond dari rakan FB. Selain itu perlu pengurusan masa secara sistematik sepeti:

1.      jadual update FB post bagi meningkatkan reach dari rakan FB
2.      menjawab soalan pelanggan dengan kadar segera.
3.      masa untuk pos barang
4.      tempoh masa beropersi.


Pada pandangan saya kesukaran utama dalam perniagaan secara online ialah untuk membina kepercayaan pelanggan.